Lunch Nasi Arab di Restoran Arab Zaatar Puteri Harbour | Cerita bulan 7, lama eh Ummi perap hahaha. Kami mencuba Nasi Arab di salah sebuah restoran Arab terbaru di Restoran Arab Zaatar, Puteri Harbour. Ummi tak tahu pun ada restoran baru ni kalau tak Capt. Eryn yang bagitahu. Jadi lunch hour lajulah kami ke sana. Lokasinya sebelah je Restoran TKR dan berdekatan dengan Pak Din Kopitiam.
Kunafa Sedap di Restoran Arab Zaatar
Sampai-sampai je kat luar ada ruang membuat Kunafa. Peminat Kunafa haruslah tergoda bila nampak Kunafa beratur kan hehehe. Teruslah aim nak order seketul.
Dekorasi Cantik
Masuk ke dalam terpegun kejap tengok dekorasi Arabic yang cantik. Ya memang cantik dekorasinya. Kawasan luas, banyak kerusi meja. Kalau korang nak datang celebrate birthday ke anniversary ke buat gathering ke memang sesuai sangat. Nak celebrate birthday nanti diorang boleh tolong meraikan sekali siap bawa pedang dengan lagu Arab berkumandang hehehe.
Nasi Arab Sedap di Puteri Harbour
Kami tak lah order banyak sangat menu masa tu. Kami order Set Nasi Mandy mix kambing dan ayam. Ok rasa memang sedap. Ada satu lagi kami order Tabouleh, macam salad la gitu. Siap staffnya ajar cara menyebut sebab sebutan kami salah hahaha.
Kunafa dia ni serius sedap gila weh. Makan pula masa tengah panas-panas. Crispy gitu. Kalau korang nak beli Kunafa je pun boleh drop by kat depan restoran sebab diorang masak betul-betul depan pintu masuk. Banyak lagi menu lain. Nanti nak try shawarma. Next time boleh cuba.
Lunch Nasi Arab di Restoran Arab Zaatar Puteri Harbour
Mak-mak Marine yang gembira dapat makan sedap hehehe. Ni Geng JJCM Marine hehehe.
Staff pun peramah tamah. Time Ummi nak snap gambar ni sibuk je dia menempel hahaha. Korang kena try tau nasi Arab kat sini. Pada Ummi sedap la tak tahulah penerimaan tekak korang. Selera kita kan berbeza.
Lokasi Restoran Arab Zaatar
Alamat:
RG 07 Encorp Marina 2 Persiaran Puteri Selatan ,Puteri Harbour, Kota Iskandar, 79100 Iskandar Puteri, Johor.
Telefon: 011-2867 4502
Waktu Perniagaan Restoraan Arab Zaatar
Dibuka setiap hari dari 11 pagi – 2 pagi
Jom tengok video di TIKTOK HERNEENAZIR
Senarai Restoran Nasi Arab Sedap di Johor Bahru
Teringin pulak makan Baklava..Lama tak makan..huhu..Boleh try yang ni lah pulak
sedap non.. sila try.. kunafa dia crunchy