Foods Review

Keria Gula Melaka Peladang Dijamin Sedap!

Assalamualaikum..

Ummi muncul untuk menayang makanan. Saja nak bagi korang kecur air liur hehehe. Ok minta ampun bebanyak. Sebenarnya dah beberapa minggu lepas Ummi rasa nak cuba Keria Gula Melaka Peladang yang kekawan sekitar Ummi duk viralkan. Nak buat sendiri memang vitamin M penuh di badan la kan hehe.

Jadi Mama Cu yang baik hati telah membelikan berketul-ketul Keria Gula Melaka Peladang yang hot tu. Rupanya yang menjual tu adik cikgu Ummi, cikgu Jef dan kakak kepada classmate Ummi, Jay Izwan Juber hehe tapi Ummi tak kenal kakak tu hehehehe.

Serius memang sedap cukup rasa. Gebu tekstur kerianya, kerak-kerak gula melaka tu memang meriah. Tapi bahaya kalau Ummi bedal selalu “sweet pee” nanti hahaha.

Korang kalau nak cuba Keria Gula Melaka Peladang yang sedap ni, bolehlah jengah-jengah stall (payung) tepi jalan bersebelahan kawasan Pertubuhan Peladang, Jalan Paya Mengkuang. Sekeping berharga 50 sen sahaja. Tak payah dah jauh-jauh nak ke Melaka beratur panjang-panjang hehe. Gelang Patah pun adoooooo.

Selamat menikmati Keria Gula Melaka Peladang yang sedap!

2,167 total views, 2 views today

Share this nice post:
Tagged , , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

28 thoughts on “Keria Gula Melaka Peladang Dijamin Sedap!

  1. Kat sini susah juga nak jumpa keria gula melaka ni , tapi masa bulan puasa tu sempat juga la beli di bazar ramadhan …jadi la dapat merasa juga kuih ni

  2. selalu yang dekat antarabangsa tu famous kan.. sbenarnya kat tempat lain sedap gi hehehe..
    baru skali dapat rasa yang Melaka nye.. not bad sedap juga kan.. addictive flavor rasa nak makan lagi lagi n lagi..

  3. Uiii sedapnyaaa…
    Nasib kat belakang uma ni ada jual heheheh cuma yg sini punya kurang gebu laaa..ku rasa mesti silikon kurang cucuk hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *