Buat Cupcakes Mudah dengan Decadent Chocolate Cake by Passion Food | Akhirnya, buat pertama kalinya berjaya juga Ummi membuat cupcakes dengan bantuan Decadent Chocolate Cake ~ Bake Your Own dari Passion Food. Sejujurnya bab-bab baking ni Ummi tak berapa nak terer haha. Dulu zaman anak dara rajin la buat kek dan cookies ni. Dah beranak pinak ni macam malas menggunung.
Plan asal nak buat cupcakes ni dengan The Ilham, tapi dek kerana nak mengejar masa Ummi batalkan. Ummi buat sorang je. Diorang berdua jaga adik hehehe. Senang gila tau.
Sekotak set Decadent Chocolate Cake ~ Bake Your Own ni mengandungi:
- Decadent Chocolate Cake Mix
- Cup Liners
- 4 jenis topping:
- Oreo Crumbs
- Lotus Biscoff
- Toasted Almond Nuts
- Salted Caramel
- Chocolate Frosting.
Dalam sekotak ni dah siap semua bahan siap topping lagi. Kita cuma perlu tambah 110g minyak sayur, minyak kacang atau minyak sawit, 40g air dan 2 biji telur gred A sahaja. Jangan lupa untuk sediakan mangkuk untuk menggaul bahan-bahan tadi. Untuk yang amatur macam Ummi ni memang sangat-sangat membantu. Nak harapkan Ummi buat kek yang bancuh-bancuh sendiri memang berzamanlah. Buat apa, The Ilham ni tak berapa gemar sangat makan kek, itu lah yang buat kemalasan Ummi berganda hehehehe.
Ada tiga langkah yang perlu diikut. Kalau orang dah terer pejam mata je kot. Ummi kalau pejam mata kang tak jadi kek hehe.
LANGKAH MUDAH MENYIAPKAN CUPCAKES MENGGUNAKAN DECADENT CHOCOLATE CAKE
Langkah 1 – Masukkan Decadent Chocolate Cake Mix ke dalam mangkuk. Seterusnya masukkan telur yang telah dipukul, minyak dan air mengikut sukatan yang ditetapkan. Kacau hingga sebati.
Langkah 2 – Masukkan adunan ke dalam cup liners yang disertakan. Masukkan separuh dari cup. Satu adunan cukup untuk 25 cups. Korang boleh pilih sama ada nak kukus atau bakar. Ummi pilih untuk bakar dalam Toros Pro Chef Hot Air Fryer dengan mode Bake tetapan suhu 160°C selama 20 minit.
Langkah 3 – Letakkan chocolate frosting di atas cupcakes.Hiaskan dengan topping yang disediakan. Decadent Chocolate Cupcakes siap!
Tengok tu cantik kejadiannya kan. Moist je.
Buat Cupcakes Mudah dengan Decadent Chocolate Cake by Passion Food
Satu set Baje Your Own ~ Decadent Chocolate Cake ni berharga RM38.80 sahaja. Postage RM5 (flat rate). Korang yang nak cuba buat cupcakes dengan anak-anak di musim cuti sekolah ni boleh lah dapat sekotak set Decadent Chocolate Cake ni ok. Dapat 25 cups buat minum petang.
Overall, pada Ummi memang sedap sangat keknya. Kaya dengan rasa coklat dan yang penting moist je dan tak terlalu manis. Boleh dapatkannya di link di bawah ya.
Instagram – www.instagram/passionfood
Facebook – Passionfood
Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM
uish. boleh cuba ni. thank you keknee bagi info
sama2 juju.. dah blh ajak yash hahaha
dah buat jugak dengan budak berdua tu.Memang sejenis hantu cupcake bebudak ni.Sekali arung bedal..Topping nak ikut citarasa sendiri..Gasaklah nak oi
budak2 ni kek2 tak berapa sangat.. rezeki adik2 n jiran2
Mak2 yg tak tahu nak buat aktivit apa dgn anak, memang ngam sgt beli 1 box bake your own choc cupcakes ni. Seronok baking sama2
kann.. bonding time.. tak lah boring anak2 terperuk kat rumah
Cantik kejadian. Memang sedap. Suami suh repeat buat birthday plak. Huhu
hahaha dah dapat job 2021 buat cupcakes hahaha