Keria Gula Melaka Peladang Dijamin Sedap!

Assalamualaikum..

Ummi muncul untuk menayang makanan. Saja nak bagi korang kecur air liur hehehe. Ok minta ampun bebanyak. Sebenarnya dah beberapa minggu lepas Ummi rasa nak cuba Keria Gula Melaka Peladang yang kekawan sekitar Ummi duk viralkan. Nak buat sendiri memang vitamin M penuh di badan la kan hehe.

Jadi Mama Cu yang baik hati telah membelikan berketul-ketul Keria Gula Melaka Peladang yang hot tu. Rupanya yang menjual tu adik cikgu Ummi, cikgu Jef dan kakak kepada classmate Ummi, Jay Izwan Juber hehe tapi Ummi tak kenal kakak tu hehehehe.

Serius memang sedap cukup rasa. Gebu tekstur kerianya, kerak-kerak gula melaka tu memang meriah. Tapi bahaya kalau Ummi bedal selalu “sweet pee” nanti hahaha.

Korang kalau nak cuba Keria Gula Melaka Peladang yang sedap ni, bolehlah jengah-jengah stall (payung) tepi jalan bersebelahan kawasan Pertubuhan Peladang, Jalan Paya Mengkuang. Sekeping berharga 50 sen sahaja. Tak payah dah jauh-jauh nak ke Melaka beratur panjang-panjang hehe. Gelang Patah pun adoooooo.

Selamat menikmati Keria Gula Melaka Peladang yang sedap!

 4,106 total views,  1 views today

28 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!