Makanan Askar.. Mengimbau Kenangan Zaman Kanak-kanak

Makanan Askar.. Mengimbau Kenangan Zaman Kanak-kanak

Assalamualaikum.. Kerja cuti tu? Ummi dan Babah cuti hari ni, carry forward cuti Hari Malaysia. Abang Ilham je la sekolah hari ni, sampai Syamil duk keluar masuk bilik mencari abang. Dia ingat abang pun cuti juga hehehe.

Hari ni update santai-santai jek lah ya. Sambil-sambil Ummi terajin nak draft entri Travelog Sabah. Draft je tu, live nya entah zaman bila. Harap-harap tak makan tahun macam entri Travelog Bandung yang bulan depan genap 2 tahun tapi cerita belum ada ending hahaha.

Sebenarnya Ummi nak cerita pasal “makanan askar” ni hehe. Bulan 7 yang lepas Uncle Wan masuk kem askar wataniah. Balik dari kem dia bawa la office berkampit-kampit makanan askar ni (nama khas dia minta maaf la Ummi tak tahu hehe).

Bila dapat ni, wahhhh teruslah Ummi mengimbau zaman kanak-kanak dulu. Kampung kami memang ada kem askar yang lokasinya dekat dengan rumah. Jadi kami ni memang suka la merayap ke atas bukit tengok kem askar tu. Bila ke sana kami pergi beramai-ramai. Nanti askar-askar tu bagi kami merasa bekalan makanan-makanan diorang yang dalam pek ni. Ada rendang ayam, rendang daging, ikan masak kicap, sayur labu masak lemak ehhh memacam lagi lah.

Dalam banyak-banyak makanan ni, Ummi paling suka biskut kering dan jem nenas. Perghhhhh rasa sedap gila hahaha. Zaman kanak-kanak bagi biskut kering pun punyalah sedap rasa hehehe. Kalau anak-anak askar mesti syok ek dapat selalu makan biskut kering tu hehehe.

Tapi tak ada rezeki Ummi nak fefeeling kunyah biskut tu sebab Uncle Wan tak bawa biskut hahaha. Itu jek lah nak mengenang zaman kanak-kanak. Korang apa kenangan zaman kanak-kanak? Ada tak sama macam Ummi? hehehe.

p/s Nyaris-nyaris juga Ummi dapat bapa saudara askar masa tu tau ekekeke.

956 total views, 4 views today

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 thoughts on “Makanan Askar.. Mengimbau Kenangan Zaman Kanak-kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: