Pakej Percutian Ke Eropah

Travel

Pakej Percutian Ke Eropah | Assalamualaikum.. 😉 Hari ni Ummi saja nak cerita pasal Pakej Percutian ke Eropah walaupun Travelog Bandung Ummi sampai ke sudah tak siap-siap lagi, tapi Ummi dah berangan jauh ke Eropah sana. Eropah kooooo kelassss hahaha. Ehhh berangan tu kan percuma tak mustahil kalau betul-betul nekad kumpul duit menabung sampailah kami empat beranak ke bumi Eropah. Tapi makan tahun juga rasanya Ummi punya tabung travel tu nak penuh ekeke.

benua eropah.png

Kalau sebut Eropah atau dalam bahasa omputihnya Europe memang lah korang akan terbayang keluasan benuanya tu kan. Bukannya satu negara je tu. Nampak tu yang hijau tu adalah Benua Eropah. Eropah adalah sebuah benua yang berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, Laut Kaspia, Pergunungan Caucasus dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut Mediterranean di selatan. Jadi tentunya banyak tempat-tempat menarik yang boleh Ummi teringin nak kunjungi.

ANTARA TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI EROPAH
(Yang Ummi teringin nak pergi ;))

paris-eiffel-tower
Eiffel Tower, Paris

EIFFEL TOWER, PARIS

Siapa tak teringin melawat Eiffel Tower di Kota Paris kan. Setiap pengunjung yang berkunjung ke Paris ni mesti akan selit dalam itinerary diorang untuk singgah ke sini. Eiffiel Tower adalah salah satu lambang kemegahan Kota Paris, Kota Cinta. Kalau dah sampai di Kota Paris ni, jangan lepaskan peluang untuk ke tempat-tempat lain seperti Opera Garnier, Louvre, Grand Palais, Notre-Dame, Champs-Elysees, Sacre Coeur, Trocadero, Musee d’Orsay, Arch De Triomphe, Montparnasse, Le Marais, Pantheon, Les Invalides.

big-ben-in-sunny-day.jpg
London Big Ben

LONDON BIG BEN

Big Ben adalah nama yang diberi kepada loceng besar (Great Bell) dalam menara jam di hujung utara Istana Westminster di London. Menara ini dikenali sebagai  Menara Elizabeth. Rekaan yang unik menjadikan Big Ben salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di sekitar Kota London. Kalau dah menjejakkan kaki ke sini, jangan lupa singgah ke Buckingham Palace, House of Parliament, Tower Bridge dan Tower of London.

the-hague.jpg
The Hague

THE HAGUE

The Hague adalah sebuah wilayah perbandaran, kota pemerintahan Belanda dan tempat parlimen, serta ibu kota provinsi Zuid-Holland (Holland Selatan). Terdapat kedutaan besar negara-negara asing yang menetap di sini. Wilayah ini mempunyai banyak tinggalan sejarah kerana ianya telah wujud sejak tahun 1248. Lama betul kan. Antara kawasan-kawasan menarik yang boleh dikunjungi juga adalah seperti Mark Hall, Cube House, Bridge of Rotterdam, The Binnenhof, Mauritshuis, Hofkapel dan Madurodam Miniature Park.

Sambil menaip tempat-tempat menarik di Eropah ni sambil Ummi terbayang tengah posing belatar belakangkan bangunan-bangunan cantik dan langit yang membiru. Wahhhhh syok kalau dapat ke sana kan. Sorry Ummi berangan lagi hehe.

Senyap-senyap Ummi duk menggoogle Pakej Percutian ke Eropah ni tau dan terjumpa dengan website agensi pelancongan Muslimtravelbug.com. Muslimtravelbug menguruskan pakej percutian sejak 2014 daripada Korea Selatan untuk pelancong Malaysia di Seoul. Sekarang mereka telah beroperasi terus daripada Malaysia untuk menguruskan pelancongan ke pelbagai destinasi lain. Wahhhh nampak menarik.

muslimtravelbug.png

Muslimtravelbug menyediakan servis pelancongan lengkap penerbangan ataupun hanya ground arrangement sahaja. Mengikut review yang Ummi baca, ramai pelanggan rata-rata berpuas hati dengan perkhidmatan dari mereka. Memang agensi pelancongan muslim yang boleh dipercayai. Jom kita tengok Pakej Percutian ke Eropah yang ditawarkan oleh Muslimtravelbug.com

LENGKAP PENERBANGAN :

PAKEJ EROPAH 4 NEGARA (8H7M)

Harga Dalam Ringgit (MYR)

DewasaKanak-Kanak BerkatilKanak-Kanak Tidak BerkatilBayi
RM7740RM6200RM3870RM1000

PAKEJ EROPAH 6 NEGARA (9H8M

Harga Dalam Ringgit (MYR)

DewasaKanak-Kanak BerkatilKanak-Kanak Tidak BerkatilBayi
RM7240RM7160RM3620RM1000

GROUND ARRANGEMENT:

PAKEJ KE EROPAH

TempohNama PakejHargaJadual Perjalanan
4H3M4D3N Paris HoneymoonBermula RM4100
Klik Disini
4H3M4D3N Venice HoneymoonBermula RM4100
Klik Disini
7H6M7D6N London Paris AmsterdamBermula RM6790
Klik Disini
9H8M9D8N Rome-Florence-Venice-MilanBermula RM7690
Klik Disini
9H8M9D8N London-Paris-Brussels-Bermula RM8490
Klik Disini
11H10M11D10N Authentic ScandinaviaBermula RM13060
Klik Disini

Kalau korang nak melancong, Ummi rekomen korang supaya menggunakan servis pelancongan daripada Muslimtravelbug Sdn Bhd.

ANTARA SEBAB UNTUK MELANCONG BERSAMA MUSLIMTRAVELBUG:

  1. Berdaftar dengan kementerian pelancongan KPL 8549
  2. Harga pakej yang sentiasa dibawah harga pasaran Malaysia.
  3. Pengurusan yang mengutamakan keperluan muslim untuk solat dan mendapatkan makanan halal sepanjang percutian.

  4. Mempunyai pejabat operasi di Malaysia dan boleh dikunjungi bila-bila masa.
  5. Ahli pejabat terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di agensi pelancongan muslim terkenal di Malaysia dan berpengalaman luas.
  6. Professional dan diiktiraf sehingga pernah menguruskan rancangan televisyen ASTRO RIA untuk penggambaran SYOKNYA SEOUL.
  7. Deposit rendah dan khidmat pelanggan dan mudah dan mesra.

    Untuk butiran lanjut korang boleh rujuk link dibawah ya.

    MUSLIMTRAVELBUG SDN BHDNO PEJABAT : 03 89575770 (Isnin-Jumaat 9.00-5.30 petang)Alamat Pejabat : B-4-2 Putra Walk Taman Pinggiran Putra 43300 Seri Kembangan SelangorWaze : Muslimtravelbug Sdn Bhd
    Email : info@muslimtravelbug.com
    Laman web : muslimtravelbug.com

    Credit info & pic: Muslimtravelbug, Wikipedia

Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM

Baca juga: Travelog Bandung | Singgah Membeli Ole-ole Di Kartika Sari

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Pakej Percutian Ke Eropah

  1. menarik jugak pakej disediakan…lagi senang by pakej kalau pergi travel dgn famili ni…

    ciktom pun wishlist nk pergi eiffel tower dgn big ben..tp tabung travel luar negara terpaksa kiv dulu..hihi..

    1. kan ciktom.. dah ada anak ni byk kena fikir.. nak travel pun make sure angkut semua.. kena menabung lama la sikit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!