Friday’s Lunch – Old Town White Coffee Mall of Medini

02/03/2018

Projek menternak lemak bersama Geng Jumaat sebelum timbul kesedaran untuk mencairkan lelemak hahaha. Minggu lepas kami bertiga je, Cik Nons menghabiskan annual leave yang banyak sangat tu. Eqa macam tahu-tahu je tekak Ummi ni terasa mee hoon kari Old Town White Coffee tau. Dah ada lokasi makan, tapi pening pula memilih branch mana hahaha. Sudahnya kami terjah OTWC Mall of Medini.

Ehhhh berkriuk-kriuk perut tengok Mee Hoon Kari ni. Air chocolate ais lupa snap. Sedap!

Popia ni Kak Leen yang punya. Sempat la jamah satu. Not bad. Tapi popia Ummi buat lagi sedap kot.. krikk..krikk.. krikk.. hahahaha. Sebab kalau popia ni Ummi suka yang taugeh meriah. Ya ampun sedap. Popia OTWC ni tak berapa meriah intinya. Ehhh banyak komplen dah la makan popia Kak Leen hahaha.

Lepas makan sebelum balik sempat menyinggah AEON Wellness. Alhamdulillah Ummi tak terpedaya dengan hasutan membeli apa-apa barang di AEOn Wellness walaupun pada asalnya dah terpegang satu barang hehehe. Ok jom fikirkan lokasi makan esok. Yang penting Ummi kena jaga portion makanan tu. Suku suku separuh cekononnya. Wish me luck!

Share this nice post:

3 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: