7 Khasiat Kacang Edamame Untuk Kesihatan

26/02/2018

20180225_141216

Bagi korang yang biasa makan di Sushi King, mesti korang tahu apa dia Edamame ni kan? Haaaa Ummi pun salah seorang peminat kacang ni tau. Hari tu pernah berbual dengan geng Jumaat mana nak dapat kacang ni. Kebetulan Kak Leen pernah beli dia pun share la cerita. Masa belanja barang dapur di Mydin, mata Ummi melilau mencari kacang ni. Dannnnnnn akhirnya berjumpa. Ummi grab sebungkus Edamame jenama Ameera. Sedap lemak-lemak manis gitu kan. Kena ikuti arahan mudah untuk penyediaan. Tak susah mana pun.

Bagus tau kalau amalkan makan Edamame ni. Kacang ni mempunyai kandungan protein yang tinggi. Antara khasiat kacang Edamame untuk kesihatan adalah seperti berikut:

    1. Menguatkan tulang
    2. Meningkatkan imunisasi badan
    3. Mengurangkan risiko menopause
    4. Melancarkan pencernaan
    5. Mencegah kanser
    6. Mencegah penyakit jantung dan darah tinggi
    7. Membantu pembekuan darah

Cara-cara Penyediaan Edamame

20180225_123345

Keluarkan Edamame dari peti sejuk.

20180225_123454

Rendam dalam air panas dan pastikan semua bahagian tenggelam.

20180225_123502

Kemudian tutupkan bekas seketika dalm 5- 10 minit.

20180225_124905

Taraaaaa.. sedia untuk di makan. Ngappp..ngappp.. Sila buang kulit ya. Jangan suka-suka makan dengan kulit kang tercekik tanggung sendiri hehe. Ok, nanti nak beli lagi buat stok kat rumah. Syok wooo lunyah Edamame ni. Ummi jadikan sebagai snack untuk petang.

Korang nak cuba boleh la cari di pasaraya berdekatan ya. Kalau malas nak beli dan sediakan sendiri (walaupun senang!), sila melabur sedikit di Sushi King ekekeke. (Iklan tak berbayar untuk Sushi King.. kalau boss SK terbaca sila belanja Ummi masa Bonanza RM3 nanti sekurang-kurangnya 10 plates) hahahaha. Dah jangan kecur pergi beli sekarang.

Share this nice post:

6 Comments

  • Nona

    26/02/2018 at 11:36 pm

    Whoaa, ada eh…
    tak biasa makan sushi king, cuma hari tu review restoran makanan jepun…….ada makan benda ni…boleh tahan sedap..hehee

    1. Hernee Nazir

      27/02/2018 at 11:24 am

      try la beli makan kat rumah hehehehe

  • kisahsidairy

    27/02/2018 at 8:31 am

    aku paling suka kacang ni..hari tu nampak kat 7E kacang ni pun diorang ada jual…

    1. Hernee Nazir

      27/02/2018 at 11:21 am

      frozen ke da?

  • miminadam

    27/02/2018 at 10:06 am

    heheheh, tak pandai makan kacang ni

    1. Hernee Nazir

      27/02/2018 at 11:20 am

      hehehe cubalah sedap tau..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: