Ilham Syahmi, Crayon & Nanas


Cikgu Akma send gambar ni di group whatsapp. Amboiii bersemangat cik abang belakang tu tunjuk buah nanas dia hehehe. Ceritanya semalam Cikgu Akma dah inform suruh anak-anak bawa crayon hari ni. Ummi dah plan nak beli malam. Sekali pagi tadi baru Ummi teringat Ilham tak ada crayon. Crayon lama mana entah dah ghaib.

crayon.jpg

Babah kata beli je kedai mamak (read: Kedai Runcit Tawakkal) kat depan rumah. Alhamdulillah nasiblah ada jual kat kedai mamak tu. Thanks lah kedai mamak, walaupun Ummi tak berapa suka pergi kedai korang yang serabut tu, sekurang-kurangnya kedai korang ni banyak barang jualan. Kekadang dah terdesak je baru ke sini sebab nak beli barang macam nak cari harta karun yang tersembunyi hahahaha. Stock barang overloaded! Eh melalut pula membebel kedai mamak.

Ummi belikan crayon brand Buncho yang kecil je. Kalau beli yang besar konfem tak sampai sebulan guna haha. Alhamdulillah jadi juga nanas Ilham tu ekeke. Tunggu la balik nanti mesti panjang lebar cerita dia mewarna nanas tu. Semoga Ilham terus bersemangat nak belajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *