Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor

Aabang Ilham bakal masuk darjah 1 sekolah agama tahun depan, Ummi gigih isi borang dengan tulisan jawi.

Dah lama tak menulis jawi. Nak buat permohonan Sekolah Agama Kerajaan Johor kena isi borang rumi dan jawi ya ibu ayah. Dulu zaman kita sekolah tak ambil tahu pun bila mak ayah isi borang hahaha. Sekarang turn anak sendiri haaa tulislah kau sendiri.

Alhamdulillah masih boleh membaca dan menulis jawi. Malu wooo kang anak tanya ejaan jawi Ummi terkial-kial nak menjawab hehehe.

Ok, borang dah siap isi. Kena settlekan menfotostat dokumen-dokumen penting yang diperlukan dan membawa Abang Ilham ke kedai gambar untuk ambil gambar passport.

Antara dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan ke darjah 1 Sekolah Agama Kerajaan Johor adalah seperti di bawah:

  1. Salinan surat beranak murid
  2. Salinan Mykid murid
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa
  4. Salinan Sijil Nikah Ibubapa
  5. Salinan Penyata Gaji Ibubapa
  6. Salinan Bil Elektrik/ Air (Yang Terkini)
  7. Salinan Sijil Anak Angkat (Jika Berkenaan)
  8. Gambar Ukuran Passport (4 keping) **berbaju Melayu & bersongkok

Tarik mula permohonan 1 Julai hingga 31 Oktober 2017. Masa 2.00 petang hingga 5.00 petang.

  • Borang permohonan pendaftaran boleh diperolehi di Pejabat Sekolah
  • Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahka ke Pejabat Sekolah
  • Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima
  • Setiap salinan hendaklah difotostat dalam saiz A4

****Pendaftaran bagi BUKAN WARGANEGARA – Permohonan melalui Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru, Larkin Perdana, Johor.

Ok diharap sedikit perkongsian ni dapat membantu ibu ayah di luar sana.

Semoga permohonan Abang Ilham nak bersekolah agama di sekolah paling dekat dengan rumah kami berjaya. Aamiin.

Share this nice post:

Comments

comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: