Aidilfitri 2017 – Beraya Ke Rumah Mak Long & Mak Tam

Hari Raya Aidilfitri

Cerita Ahad lepas, Abang Ilham ponteng sesi 2 sebab Ummi Babah nak beraya ke Pasir Gudang. lagi pun dia excited nak beraya ke rumah Uncle Nazam.

Masuk kereta sorang demi sorang tumbang. Tapi ok juga lega sikit Ummi. Boleh lelap sekali hehehe.

Abang Ilham pun dah terbongkang kat belakang. Selalunya time lepas Zohor sesi tidur kat sekolah. Dah tak larat sangat la tu penat dari balik sekolah terus senyap tertidur. Dalam pukul 3pm sampai di rumah Mak Long, kakak sulong Babah. Thanks Mak Long siap masak mee hoon goreng lagi. Babah siap makan nasi lauk kari ayam hehehe.

Oleh kerana tak sabar nak ke rumah Uncle Nazam tetiba je dia sporting nak bergambar. Siap ternganga awak gelak eh Abang Ilham.

Kami beraya juga ke rumah Mak Tam, adik Babah syok sangat berbual sampai pukul 10pm tapi seketul gambar pun tak ada.  Huwaaaa lupa sesangat. Kurang koleksi gambar raya. Apa pun thanks Mak Tam buat mee goreng untuk jamu kami. Cerita beraya rumah Uncle Nazam next entry ya sebab gambar terlebih sikit pakej anak beranak kejakunan hahaha.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!