DDHN–Menu of The Day 210418

23/04/2018

Cerita menu weekend.
Uolls masak apa? Ummi kalau tak ada apa-apa program weekend memang tak ada istilah cuti memasak. Macam tu juga weekdays. Kalau ada hal barulah tak masak. Awal-awal pun Ummi dah dapat order dari rakyat jelata kat rumah ni. Dia order nak “Ketam Red”. Kalau korang selalu baca cerita masak-masak Ummi korang tahu la yang ketam ni memang favourite seafood The Ilhams. Walaupun Umminya agak malas nak melayan diorang makan ketam hahaha.

20180421_104251

Dengan perasaan tak sampai hati tu, Ummi layankan juga anak-anak nak makan. Pagi Sabtu Ummi ajak Mommy Ngah teman ke Kg. Baru Pendas cari ketam. Nyaris-nyaris juga tak dapat ketam tau. Banyak gerai tak ada stok ketam. Tapi dah tertulis rezeki The Ilhams dan rezeki penjual, dapatlah ketam dalam sekilogram. Ummi sambar je walaupun saiz taklah besar sangat. Sempat juga menyambar udang ketak, ikan seliap atau talang dan ikan belanak. Balik rumah terus bersilat kat dapur sebelum rakyat jelata yang sorang tu balik dari Kem Solat.

Taraaaaaaaaa.. siap!

wordswag_1524297407528

Ketam Red untuk The Ilhams. Ehhh lapar perut Ummi tengok. Stok ni mencukupi untuk makan tengahari dan makan malam. Kemain gembira The Ilhams tengok lauk feveret atas meja. Eh baru Ummi perasan macam dah lama gila tak masak “Ayam Red” kegemaran dorang ni hehehe. Seba dorang asyik request “Asam Pedas Ayam” je.

wordswag_1524297861241

Ok next, Ummi masak udang ketak titik pelapah. Macamana masakannya tu? Alaaa resipi campak-campak arwah ajar. Nama tu pun dari arwah mak, tak tahu lah orang lain guna yang sama ke tak hehehe. Boleh baca cerita Ummi masak Siput Gonggong Titik Pelapah kat SINI. Sama sebiji sebijok bahannya. Ada kekawan yang tak pernah makan Udang Ketak ni rupanya hehe. Kami orang kampung biasa makan tapi tak selalu boleh dapat. Selain titik pelapah ni boleh juga rebus macam tu je cicah kicap potong cili padi bawang perah limau. Boleh baca SINI.

wordswag_1524297253500

Ikan seliap aka ikan talang ni Ummi goreng tawar gitu je.. ala lensei katanya. Lepas tu potong bawang, cili padi perah lemon. Siap! Ikan ni untuk Ummi la berserta sayur kat bawah nun.

wordswag_1524297325936

Next, mixed vege. Ummi lebur jek semua sayur yang ada dalam peti sejuk. Tumis bawang blender, masukan bakchoi, capsicum complete 3 warna merah kuning hijau, daung bawang dan mushroom. Lepas tu Ummi tabur blackpepper. Sedap ke? Sedaplah hehehe.

wordswag_1524296945923

Ok sebelum makan tu jangan lupalah sediakan buah-buahan ya. Buah pilihan hari tu, buah jambu batu. Ohh lupa ada ulam timun jepun tak snap hehehe. Ulam wajib ada kat rumah!

Semalam Ummi masak belah petang, sebab pagi ada gotong-royong kat sekolah Abang Ilham. Menu kami semalam yang gambarnya Ummi malas nak snap, Sambal Udang Petai, Asam Pedas Ikan Belanak, Udang Ketak Rebus cicah kicap dan buah pilihan Epal Hijau. Ummi malas nak masak sayur jadi marilah kita mengunyah timun jepun saja.

Itu je menu dua hari cuti weekend. Korang masak apa?

Share this nice post:

2 Comments

  • UYUL CANTIK

    23/04/2018 at 2:56 pm

    Astagfirullah. Kenapa laa masuk blog kekneeeee nih nampak niiiii.

    1. Hernee Nazir

      23/04/2018 at 2:56 pm

      kahkahkah..nampak tu jek..apa la sangat ekeke

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: