Ayam Goreng Rangup Dengan Tepung Goreng Serbaguna Bestari

Orang lain dah lama dah mencuba, kita baru terhegeh-hegeh. Lambat betul tepung goreng serbaguna Bestari ni sampai ke Desa Paya Mengkuang ni ekeke. Dua hari lepas beli, di Kedai Acheh RM9.50. Biasa guna tepung ayam goreng Adabi je, kalau terlebih rajin buat adunan tepung sendiri. Tu kalau rajin hahaha.

P_20170502_183700_vHDR_Auto

Ummi ambil yang Asli. Baru nak cuba katanya. Takut ambil yang pedas kang anak-anak tak boleh makan pulak. Kesian kepedasan walaupun abang Ilham tu kuat pedas. Baca review kekawan blogger yang pedas lagi best. Habis yang asli ni kita beli pedaslah. Ada juga perasan yang Garlic. Tak dapat bayang pulak rasanya tu.

Ummi is skema, ikut arahan pada plastik. Kena perap ayam dengan air dan tepung selama 30 minit. Lepas tu salut semula dengan tepung tanpa menggunakan telur. Sedia untuk digoreng. Gambar semua lupa snap.

P_20170502_194554_vHDR_Auto

Dah siap! Senyap-senyap Ummi snap dan terus sembunyikan dulu ayam goreng ni. Kalau tayang atas meja takut Babah sampai rumah dah tinggal tulang dikerjakan dek anak-anak haha. Kejam no. Overall, sedap tepung ni. Rangup sangat. Nasib Ummi goreng lebih sebab Abang Ilham je bedal 3 ketul. Nanti kita try goreng sotong guna tepung ni lah mesti sedap. Lepas tu kita beli yang flavour pedas tu sebab baca-baca yang pedas tu tak pedas mana hehehe. Korang yang belum cuba pergilah cari tepung ni dijamin sedap.

Share this nice post:

Comments

comments

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: