31 Days Challenge by JDT Blogger–Day 12

16/01/2017

hai assalamualaikum.

pung pang pung pang dah hari ke 12. alhamdulillah masih konsisten walaupun ada yang siap entrynya dihujung tanduk semalam. itu semua gara2 tak sanggup nak post cerita pengalaman cinta dengan babah ilhams ekeke.

mula2 plan nak draft entry malam tadi.. tapi memandangkan tajuknya scary, akak draft pagi hari. tajuk hari ni “Pengalaman Seram”. seram sejuk weh nak taip haha. kang dia sapa akak lagi kang memang haru.

alkisah akak nak share cerita seram akak ni. ni cerita betul tau. cerita ni masa akak study lagi di UiTM Lendu, Melaka. akak penghuni kolej camelia level charming. masa tu part 5 ke part 6 entah ingat2 lupa. macam biasa study week, tidur lambat sebab stay up study sambil stu-dooo hahaha. akak dan kawan baik akak, aien antara yang terakhir tidur dalam bilik kami tu. lisa dan khair dah sampai lala land hehe.

lepas je kami study biasa kami akan berjemaah ke toilet sambil berlenggang kangkung bawa bakul toiletries.. cuci muka, gosok gigi, buang hajat. bila dah siap seiring sejalan balik ke bilik semula. jarak antara bilik kami dengan toilet adalah hujung ke hujung bangunan. kira banyak bilik jugalah nak dilalui. akak rasa aien memang dah ada kat belakang akak masa tu. akak ni sambil jalan sambillah menyanyi lagu “Salju Di Danau Rindu” nyanyian Mamat Exist. entah apa mabuk ketum la nak nyanyi lagu ni. tapi nyanyi dengan suara perlahan la. berangan sesorang gitu. akak pun start test vokal..

”Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu”

sambil part ni akak pun bukak pintu bilik, masuk dan bukak pintu locker. sambil2 tu akak sambung chorus dengan penuh perasaan nak tarik suara.

Mengapakah sukar..

tiba2 akak nak sambung lirik seterusnya.. akak dengar ada suara halusssssss lagi gemersik sambung lirik tu daaaaaaaa. dekat sangat dengan telinga akak.

”Meyakinkan cinta..”

akak mula2 fikir yang itu suara aien sambung nyanyi. akak pun panggil “aien..aien..” bulu tengkuk dah start meremang dah. akak pun beranikan diri jengah ke luar. akak tengok aien baru terkedek2 berjalan dari toilet menuju ke bilik. ya robbi. suara siapakah itu. akak terus masuk semula dan ceritakan pada aien. lepas tu kami pun teruslah berusaha menidurkan diri walau tak mampu nak pejam mata. memacam dah terbayang kisah2 scary budak2 hostel.

setiap kali akak dengar lagu ni memang akak rasa seram sejuk hahaha. teringat suara yang tumpang nyanyi tu. aduhaiii silap sendiri. maybe akak mengacau “beliau” yang nak tidur. moral of the story jangan le memekak tengah2 malam. kalau tak ganggu kawan2 di alam nyata mungkin gangguan mereka yang di alam ghaib.

itulah salah satu pengalaman seram akak. handal momok tu nyanyi kan ekeke. apa cerita seram uolls. meh share dengan akak hehehe.

ok jangan lupa support #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Share this nice post:

4 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: