Cuci Mata Di Yubiso Concept Store @ Aeon Bukit Indah

jumaat lepaskan ummi ilhams menghabiskan masa rehat 2 jam dengan geng kawan sebumbung. lepas makan kami naik level 3 sebab dah nampak ada kedai baru sebelah Daiso. wahhh ada Yubiso Concept Store pulak hmmm memang dugaan besarlah macam ni. Kedai jual barang Jepun ala2 Daiso tapi tak sebesar Daiso kat sebelah tu.

masuk2 dia dah bagi mukadimah. tayang tuala ikut bulan ni. rasa tertarik nak tengok.sehelai RM15. dah berangan nak beli bulan Januari, Febuari, Mei dan Julai tapi simpan dulu hajat.

ke dalam sikit ada bakul2 comel, bidai2 untuk toilet. tapi tak semeriah Daiso la.

bahagian termos dan botol2 air pun comel2.

ni bahagian pokok2 bunga hiasan. lupa nak belek harga. lagi pun ramai orang serbu jadi macam serabut sikit.

ada soft toys comel2. ummi ilhams dah tergoda dengan DIY handmade color toys washable dolls. nampak je rupa item yang boleh di doodle ni gatal jek tangan nak beli hahaha.

jadinya tak nak kecewakan diri sendiri kita beli seketul. alah RM10 je. sekali ada makcik tu nampak kita beli. dia kata beli untuk birthday dia. kita pun tak sampai hati insha Allah siap kita kaler nanti kita bagilah dia.. salmah bukan nama sebenar. hahaha.

ada juga bahagian stationery. sama juvalah tak semeriah Daiso. barang2 bento pun tak ada. rasa best lagi Daiso setakat ni ekeke.

sempat ajak rakan2 tak sebaya ni bergambar sebelum sales girl perasan hahaha.iqa tak habis2 buat trademark tu kan ?? so far dalam pemerhatian saya dalam beberapa minit berkunjung ke Yubiso bonar ni.. harga barang2 tak lingkungan RM5- RM15 la. kalau Daiso RM5.30 1 termasuk GST kan. eh lagi2 compare dengan Daiso haha. makan hati Daiso kat sebelah. yang bestnya Yubiso ni tak ada GST hehe. dah sempat beli seketul barang tu kami teruslah bergegas turun.

sebelum keluar dari jusco sempat menyopping sushi ambil 4 season roll dan ebiko set hahaha buat bekalan petang kekonon. tapi masuk kereta jek terus habis separuh season roll. nasib baik ebikot set sempat bawa balik hehehe.

ok uolls yang ke aeon bukit indah bolehlah jengah2 yubiso tu. sangkut beli macam2 jangan salahkan ummi ilhams ya ekeke.

babai!

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. maszull

    assalamualaikum hernee…laaa yer ke …semlm pi Aeon Bukit Indah tapi tak pi naik atas pun semlm…minggu depan leh pi…

  2. Hernee Nazir

    waalaikumussalam.. hehehe kita pun baru perasan hari jumaat tu..tak pasti bila opening nya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *