31 Days Challenge by JDT Blogger – Day 11

31 Days Challenge by JDT Blogger – Day 11

assalamualaikum..salam hujung minggu dik non. akak nak buat entry cabaran day 11. tapi akak terkial2 cari gambar. kekonon nak cari gambar paling cun dengan pakwe dunia akhirat akak ni. tapi gambar ni je akak jumpa. halal lah ya. ada orang kata muka kami sama. ye ke? mudah2an kuat jodohya hehe.

yang betulnya kan akak ni rasa seram sejuk nak buat tajuk ni.. “Pengalaman Bercinta” adoiimakkk. seram koooo. memang akak kena bahan seumur hiduplah dengan opismet yang gonjol tu nanti. 

tapi untuk suppport JDT Blogger akak rela dibahan ekekeke. eh kenapa dah macam aiman tino pulak ni ku rela dibenci ke apa tu. akak tak banyak kisah cinta. akak spesis tak berapa laku la masa belajar kahkahkah. laku tu ada la juga. ada orang suka akak tapi akak ni pulak spesis “akak tak suka orang suka akak” kau faham tak? jangan suka akak boleh tak? heii akak rimaslah orang suka akak hahaha. bajet kau hot?! ?? ya memang ni lah perangai akak. pada akak biar akak yang suka orang tu dulu, jangan dia yang suka akak dulu. eh suka hati ko je hernee. ko ingat semua orang suka ko? ???

tapi kisah cinta akak dengan abang ajey ni memang akak kategorikan sebagai “jodoh dari langit” wahhh kelas tajuk nak hot je. harap micheal ang boleh contact akak untuk buat drama bersiri 100 episod. memang instinct akak dia jodoh akak. akak kenal dia masa akak kerja di salah sebuah warehouse di PTP. nak sebut tak ek. takut boss lama terbaca kang dia kata “oooo..aku suruh ko kerja ko pergi ngorat budak ITT Gate” kahkahkah. dulu akak sebelum dapat kerja tetap kat PTP akak bedal je kerja apa pun.. kerani.. cikgu.. management trainee 7-Eleven.. promoter rumah semua akak try..apa ada hal. 

eh korang rela tak nak baca ni? cerita ni panjang. baik korang sediakan air sebotol dengan kerepek ngarku ke sebotol sambil baca sambil kunyah hehe. selama akak berkerja kat Geodis ehh tersebut pulak. akak adalah salah seorang kerani yang bertanggungjawab untuk menghantar email request container keluar masuk ke warehouse. ramai2 staff ITT tu akak rasa terpanggil2 nak beramah tamah dengan abang ajey ni. tapi dalam email je. akak tak kenal pun siapa orangnya.

satu hari tu nak masuk kerja akak ternampak ada sorang mamat ni lintas jalan masa akak melepasi pintu utama PTP. terus akak rasa denyutan jantung akak menari kencang kahkahkah. dramatik sangattt cara bercerita ni. terdetik dalam hati “anak bujang siapalah ni rajin kerja.. sanggup jalan kaki” ehhh dia bukan pergi kerja jalan kaki dari rumah pun. kan main lagi ko nak kagum hernee hahaha. akak tak tahu pun orangnya tu abang ajey. jadi akak anggap cerita mamat tu berlalu pergi macam tu je.

abang ajey ni orangnya periang lagi melucukan. memang tak kering gusi la kalau baca email dia. pandaikan dia bagi ayat manis kat akak kahkahkah. akak masih simpan lagi email2 dia tahun 2006 dulu. email cintan cintun. nanti nak tunjuk kat the ilhams haha.macam ummi ngorat babah. eh salah babah ngorat ummi.

eh sambung lagi. satu hari tu akak punya container ada problem. maka sekonyong2 (ayat kitab sogame negeri johor) datanglah abang ajey membantu. macam wonderpet kan abang ajey haha. barulah akak tahu inilah gerangan encik itt gate yang ku sapa di email dan dia jugalah yang mamat yang melintas jalan yang membuatkan jantung akak berdegup kencang tak keruan kahkahkah. hari2 tak nampak orangnya nampak bumbung cabin itt pun jadilah. nampak bayang saga ABK 1046 pun rasa berdegup jantungku bila ku nampak kereta mu lah ??

adoii.. panjang sangat dah merapu ni. pendekkanlah ceritalah nanti panjang sangat uolls boring. setelah lama berkenal2an setahun je kot memang dah tertulis di Luh Mahfuz dia jodoh akak walaupun sebelum ni abang ajey pernah bertunang dengan orang lain. malaslah nak cerita tang ni sebab akak yakin dengan jodoh Allah. jodoh pertemuan, ajal maut tu kan rahsia Allah. abang ajey ni akak anggap jodoh yang tak dijangka2. 17 mei 2008 kami bertunang. kekonon nak tunang 3 bulan je sebab nak chup date nikah 080808. suka hati ko. sekali tok ayah ilham kata tak sempat nak buat preparation anak sulong nak kahwin kan.suntuk sangat haha. maka kami ganjak hingga ke bulan 10. alhamdulillah sah menjadi isteri kepada abang ajey pada 181008. itulah pengalaman cinta akak bersama abang ajey dan sehingga kini masih lagi menyulam rasa cinta. adoiimak jiwang karat pulak. dah stoplah takut nanti keluar ayat berbunga2 uolls muntah ijooo cerry berry.

karang entry ni dari pagi.. dah hujung2 baru siap. macamana nak siap kalau sekejap taip sekejap stop.

ok teruskan menyokong #jdtblogger dan #31dayschallengebyjdtblogger.

babai. nak marathon iron baju esok kerja hoi. ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

One thought on “31 Days Challenge by JDT Blogger – Day 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: