[DDHN] Homemade Steamboat.. Sos Ala Johnny’s In Da House ;)

alhamdulillah..

berjaya juga menggunakan periuk steamboat sendiri..
so far dah 3 kali la bersteamboat..
kata peminat tegar steamboat kan..
kang tak buat ummi yang kena rebus kang..
:p
resepi ni mudah je..
kalau untuk kuah steamboat..
saya ambil resepi yang termudah sekali..
saya tak buat kuah tomyam..
almaklumlah ada hero kechik nanti sakit pulak perut dia..hehehe
jadi saya just buat kuah guna kuib ayam knorr..
jom tengok bahan2 yang saya sediakan..
bahan2 ni adalah mengikut selera kami 🙂
 
egg toufu
meatball
chicken ball
fish ball
crab stick
brokoli
cendawan enoki
cendawan shitake
pak choy
mee hoon
dah siap bahan2..
moh la kita longgok atas meja..
ooppsss.. kami tambah nasi putih seperiuk 🙂

aiyooooooooookk..
ada chef kenit menyibuk nak tolong ummi..
tak menyabar nak makan..

 

kuah setamboat ni saya dah siap2 jerang atas dapur..
masukkan air ikut banyak mana nak..
lepas tu leburkan 2 kiub ayam knorr..
dan 2 sudu sos tiram..
kalau kurang masin..
masukkan sikit garam..
lepas tu.. baru jerang atas dapur steamboat tu ye..
nak mudah lagi..leburkan je la semua bahan2..
tengok tu..lepas anak nyibuk..
babahnya pulak menyibuk time ummi nak snap..
hehehe..eh chup2..babah tukang setting dapur la..
sorry2.. :p
sos ni saya ambil resepinya dari blog Puan Ana Suzana
thanks ye 🙂
Sos Steamboat

6 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
3 sudu besar sos ikan*
3 sudu besar minyak bijan*
1/4 cawan cuka*
1/3 cawan kuah air tp aku guna kuah tomyam* (saya guna air biasa)
Garam gula secukupnya*
1/2 sudu kacang tanah*
Bijan
Daun ketumbar di racik2 halus

Cara: Masukkan bahan bertanda * di dalam pengisar. Kisar sebati. Masak di atas dapur sehingga sos menjadi sedikit pekat. Sejukkan. Bila nak hidang masukkan bijan daun ketumbar.
*** saya tak masukkan cuka..
tak berani pulak nak letak cuka dalam makanan buat masa ni..
almaklumlah..ada si kecik kat dalam 🙂
sos memang ada rasa ala2 sos johnny’s..
tapi tak sepower johnny’s la kan..
maybe boleh tukar nama jadi “SOS JONES” kot :p

 

nahhhhh..
ini mangkuk ummi ilham..
mangkuk orang lain termasuk ilham tak sempat snap..
tetamu awal.. mommy ngah & encik derus..
mama cu dan papa cu ilham sampai lewat..
tapi semua dapat merasa homemade steamboat ni..
so far komen2 dari tukang makan..
rasa semua ok.. sedap.. diorang yang kata tau..
cuma sos tu boleh improve lagi..
kata nak sama sebijik sebijon macam johnny’s kan..
hahaha..apa la babah ni..
kalau ummi buat sebijik johnny’s kang dorang tutup kedai..
hehehe..apa pun saya sangat happy dapat masak2 untuk family..
dah jimat duit kan..
tak payah ke johnny’s..
🙂
tunggu ye next project..
meatball ala ikea pulak..
semua pun nak ada “ala2” kan..
overlah ummi ilham ni :p
ok sekian..
Share this nice post:

One Reply to “[DDHN] Homemade Steamboat.. Sos Ala Johnny’s In Da House ;)”

  1. […] tak sedap ek. Kekonon Ummi pujuk Ilham, kita buat steamboat kat rumah je Ummi kan selalu buat homemade sos steamboat ala Johnny’s sendiri. Sekali dia reject daaaa permintaan Ummi. […]

Leave a Reply