Ramadhan 2018 – Day 3

21/05/2018

Happy Monday and Assalamualaikum uolls!

Sementara menanti waktu nak kejut Abang Ilham ke sekolah (kasi chance tidur lepas sahur kejap) Ummi pun update la blog yang sehari bercuti. Hari Sabtu kemain laju mengupdate ya sampai hari Ahad terus malas. Ok ni cerita kami berbuka di hari ketiga. Ummi layankan request Abang Ilham nak berbuka makan steamboat Johnny’s. Nak ignore tak sampai hati tengok semangat dia nak berpuasa tu jadi Ummi reward la apa makanan yang dia nak.

Ingatkan request nak makan je, dia buat muka sedih nak beli komik Boboiboy pula dah. Jadi sementara menunggu masa berbuka dia layan la komik. Nak kill the time gitu.

Budak sorang lagi dah selamat berbuka puasa waktu Uganda Dia kata dah lapar jadi Ummmi bagi dia makan Pappa Roti dulu. Muka memang mengecurkan la kalau tengok gaya dia mengunyah menikmati roti tu. Ehhh geram tau.

Sebelum masuk waktu kita posing dulu.

Setiap gambar Babah dan Ummi je yang syok sendiri hahaha.

Air pilihan Ummi dan Babah macam biasa, Iced Lemon Tea.

Wokehh steamboat kuah tomyam in the making.

Sos steamboat Johnny’s ni memang tak pernah tak sedap ek. Kekonon Ummi pujuk Ilham, kita buat steamboat kat rumah je Ummi kan selalu buat homemade sos steamboat ala Johnny’s sendiri. Sekali dia reject daaaa permintaan Ummi. Bertuah!

Masuk waktu maghrib makanlah kami empat beranak dengan gembiranya. Pakcik kecil berdua tu siap tambah nasi tau.

Last but not least, our favourite banana split. Nyumssss. Alhamdulillah rezeki hari ni. Hari ketiga Ummi gantung kuali. Alhamdulillah juga tamat cabaran puasa hari ketiga untuk Abang Ilham. Tahniah Abang Ilham!

p/s Kalau korang nak berbuka di Restoran Johnny’s make sure keluar rumah awal dan book kat sana terus dengan deposit RM50. Boleh siap-siap pilih menu. Restoran Johnny’s tak menerima reservation thru phone call.

Share this nice post:

2 Comments

  • Sis Lin

    21/05/2018 at 9:28 am

    Nak tau satu perangai Sis, kalau bulan puasa paling tak suka makan steamboat. sebab ia lambat masak hahahaha..biar ala carte ke, kalau steamboat jadi hilang sabo hahaha. Kadang kalau anak nak juga makan, layankan aje huhuhu

  • Hernee Nazir

    21/05/2018 at 6:33 pm

    hahaha spesis hasben kita gak tu… tapi anak dah nak layankan aje la..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: