Pengertian Fidyah Hukum & Cara Pengiraan

Agama

Pengertian Fidyah Hukum & Cara Pengiraan | Saja nak berkongsi info dan refresh semula kot ada antara kita yang tercari-cari info mengenai Fidyah ni kan. Ramadhan tak lama lagi dah boleh settlekan apa yang patut. Jom baca!

fidyah

PENGERTIAN FIDYAH

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada satu tahun sehingga tiba Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

HUKUM MEMBAYAR FIDYAH

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud : 
“……Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin”
.Walaupun fidyah telah dibayar, namun bagi mereka yang sengaja meninggalkan puasa atau kepada golongan tertentu, puasa yang ditinggalkan tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

GOLONGAN YANG DIKENAKAN FIDYAH

  1. Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie ( musafir, haid atau nifas atau wiladah ), sakit yang ada harapan sembuh.Denda dikenakan – Wajib Qada’ puasa.
    * Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’  puasa dan membayar Fidyah.
  2. Orang  yang sakit yang tiada kemungkinan atau harapan untuk sembuh yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.Denda dikenakan – Tidak wajib Qada’ puasa. Wajib bayar Fidyah pada tahun  tersebut.
  3. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :
    1. Bimbang akan kesihatan dirinya sahaja.
      ATAU
    2. Bimbang akan kesihatan dirinya dan janinnya / anaknya.

        Denda dikenakan –Wajib Qada’ puasa. Tidak wajib bayar Fidyah.

Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’  puasa dan membayar Fidyah.

4.   Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :

  • Bimbang akan kesihatan janinnya / anaknya sahaja.
    Denda dikenakan – Wajib Qada’ puasa & Wajib bayar Fidyah.

5.  Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya.
Denda dikenakan – Tanggungjawab membayar fidyah si mati dilaksanakan oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan

CARA PENGIRAAN FIDYAH

fidyah_nilai

1 Hari dendanya 1 cupak beras 1 cupak beras = 1 mud1 mud = Nilai zakat fitrah semasa ÷ 4* Nilai zakat fitrah bagi tahun 1437 H ialah RM8.00RM……. ÷ 4 = RM…….. (nilai 1 cupak beras)* Bergantung kepada perubahan kadar tahunan zakat fitrah.

Sumber: MAIJ

Korang nak bayar fidyah tapi tak pasti nak bayar di mana boleh hubungi CSR Tim Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB) untuk urusan bayaran fidyah. Boleh baca link di bawah ya.

RAMADHAN CARE

Next entry saya akan share cara pembayaran fidyah secara online. Stay tuned!

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!