Friday’s Lunch – Pizza Hut Taman Nusantara

06/05/2017

Cerita lunch semalam.

Plan asal ada sorang makcik yang beriya tu ajak makan urban Korean food di K Fry Urban Korean Holiday Villa tup tup bertukar jadi mat saleh makan kat Pizza Hut pulak. Beriya juga ajak ke Pizza Hut Taman Nusantara nak order set promo untuk Lunch Express. Hellllooooo makcik.. ini PHD Pizza Hut Delivery fokus kepada yang nak take away bukan outlet untuk dine in itu promo tak ada sini sorry eh kahkahkah. 

P_20170505_130444_BF

Dah settled order apa yang berkenan ditekak.

P_20170505_130639_BF

Macam biasa Ira memang suka tayang pipi pau hahaha.

P_20170505_130651_BF

Bergambar bersama pengetua akademi gelak.

P_20170505_130802_vHDR_Auto

Masa tengah order Dila ghaib sekejap, rupanya dia pergi Season. Ingatkan dia nak cari roti almaklumlah takut petang lapar semula. Rupanya dia beli 3 ketul kek. Satu untuk makcik Eqa yang baru habis konvo last week, 1 untuk advance birthday Noni 9hb Mei dan 1 lagi untuk advance birthday Ummi 16hb Mei. Kekonon nak yang kanan sekali ingatkan chocolate indulgence sekali ada mint da. Macam makan kek mentos memang tak berapa suka sangat kek mint ke ice-cream mint ke. Tapi yang tengah tu sedapppppp gila. Thanks Dila.

P_20170505_130928_vHDR_Auto

Ok ini menu Ummi. Set Spaghetti Beef Arrabiata, mushroom soup dan air pepsi.

P_20170505_130837_vHDR_Auto

Tambahan 2 ketul chicken wings.

P_20170505_130931_vHDR_Auto

Tak sabar no makcik-makcik tu nak bedal kek.

P_20170505_131129_BF

Makan orang lain tak sampai lagi, jadi makcik bertabah jek la menunggu walaupun perut dah menjerit lapar. Sambil tunggu makanan tu diorang praktislah gelak untuk audition kelayakan masuk Akademi Gelak sejam gelak tanpa henti.

P_20170505_131158_BF

Lapar sangat garfu pun nak makan. Isteri siapa la tu. Pengetua kat hujung tu macam skema gitu senyum dia.

P_20170505_135035_vHDR_Auto

Hari ni kami siap makan awal. Makcik Eqa lepas makan memang suka tidur. Makcik Dila nak lalu jalan kampung sebab nak singgah beli pisang goreng tapi nampak dalam plastik tak ada pun beli pisang goreng ada keropok lekor dengan jemput-jemput ikan bilis je haha.

P_20170505_135043_BF

Tengok orang kat belakang steady je. Yang hujung tu siap tukar seat. Dah kenyang nak landing la kan.

P_20170505_124730_vHDR_Auto

Kita tahu la awak orang HSE tak payah la pergi makan pun nak pakai safety shoes haha. Cuba teka kaki siapa? haha. Kaki pengetua Noni la. Muka serius.. garang tapi kadang-kadang lurus sangat.. suci gitu haha. Ada rahsia boleh bertukar-tukar suara tanpa disedari ekeke. Sorry Noni gurau je.

Ok next week minggu terakhir sebelum kita berpuasa. No more Friday’s lunch entry di siang hari di bulan Ramadhan ya. Babap kang!

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: