Doa Qunut Nazilah | Jom kita teruskan amalan membaca doa Qunut Nazilah, memohon kesejahteraan rakyat Palestin dan tentera Palestin pejuang agama Islam di sana. Semoga Allah angkat darjat mereka. Sayu hati melihat kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi laknatullah. Semoga Allah makbulkan doa kita semua.
Apa Itu Doa Qunut Nazilah?
Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
- Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
- Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
- Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
- Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.
Bacaan Qunut Nazilah Versi Jawi
اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا
و نعوذ بك من شرورهم
اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم
وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم
وسلط عليهم کلبامنکلابك
يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب
يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم
Bacaan Qunut Nazilah Versi Rumi
Allahumma ‘Inna Naj-‘Aluka Fi Nuhuri ‘A‘-Da ‘Inna‚
Wa Na-‘Uzu-Bika Min Syuru-Rihim,
Allahumma Baddid Syam-Lahum
Wa Farriq Jam-‘Ahum‚
Wa Syattit Kalimata-Hum,
Wa Zal-Zil ‘Aqda-Mahum,
Wa Sallit ‘Alayhim Kalban Min Kilabik‚
Ya Qahha‚ Ya Jabbar‚ Ya Muntaqimu
Ya Allahu‚ Ya Allahu‚ Ya Allah‚
Allahumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚
Ya Mujriyas-Sahab‚
Ya Hazimal Ahzab
Ihzim-Hum, Ihzim-Hum,Ihzim-Hum, Wan-Surna ‘Alayhim
Maksud Doa Qunut Nazilah
Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami,
dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,
Ya Allah pecahkan pakatan mereka,
Ya Allah leburkan pendirian mereka,
Ya Allah musnahkan langkah mereka,
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,
Ya Allah yang Maha Memaksa,
Ya Allah yang Maha Perkasa,
Ya Allah yang Maha Membalas,
Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,
Yang turunkan kitab,
Yang gerakkan awan,
Yang tewaskan tentera Ahzab,
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami.
Mari kita mendoakan saudara kita di Palestin yang berjuang untuk mempertahankan Bumi Al-Aqsa. Semoga pejuang Palestin dan Tanah Milik Umat Islam mendapat kemenangan. Semoga kesedihan mereka berakhir, tentera Islam Beroleh kemenangan dan saudara-saudara kita di Palestin dapat hidup dalam keamanan dan kebahagiaan. Jangan lupa amalkan Zikir Hari Selasa.
Info berkaitan Palestin sila rujuk Tuan Nadhir Al-Nuri