Zikir Hari Ahad

Agama

Zikir Hari Ahad | Zikir menenangkan hati. Ketahuilah bahawa haiwan dan tumbuhan diciptakan untuk hanya berzikir kepada Allah dan memberi khidmat kepada manusia. Betapa besarnya pahala mendengar dan menyebut zikir. Masha Allah. Jom kita sama-sama istiqomah dalam berzikir.

Zikir Hari Ahad

Zikir Hari Ahad

LA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

Peristiwa Hari Ahad dalam Islam

Penciptaan Falak (Orbit)

Begitulah tertulis dalam kitab as-Sab’atu fi Mawa’idhi al-Bariyat, bahwa falak (orbit) diciptakan pada hari minggu. Namun disini tidak dicantumkan dalil yang jelas tentang teori ini.

Penciptaan Bintang

Bintang yang dimaksudkan disini termasuk bulan dan matahari. Bintang-bintang yang besar ada 7, iaitu:

Zuhal (saturnus), al-Musytari (Jupiter), al-Marikh (mars), asy-Syams (matahari), az-Zuhrah (Venus), Utharid (Mercury), al Qamar (bulan).

Penciptaan Neraka

Allah Menciptakan Neraka pada hari Ahad. Neraka itu tujuh pintu.

Penciptaan Bumi

Pada hari Ahad diciptakan tujuh lapis bumi. Pada lapisan ketujuh ada malaikat, lapisan keenam ada Iblis Laknatullah, lapisan kelima ada syaitan, lapisan keempat ada Ular, lapisan ketiga ada kala, lapisan kedua ada Jin, dan lapisan pertama ada manusia.

Penciptaan Tujuh Laut

Laut yang pertama disebut Tharsatan, yang kedua Karman, yang ketiga ‘Amman (Oman), yang keempat Falzam, yang kelima laut Hindustan, yang keenam laut Rum (Roma), yang ketujuh laut maghrib.

Penciptaan Tujuh Organ Tubuh Nabi Adam

Anggota yang terlibat aitu: dua tangan, dua kaki, dua lutut dan wajah.

Penciptaan Hari

Allah menciptakan hari Ahad (minggu), Isnain (Isnin), Tsulasa’ (Selasa), Arbi’a’ (Rabu), Khamis (Khamis), Jum’ah (Jum’at) dan Sabt (Sabtu) pada hari Ahad. Hari Ahad adalah kata lain dari hari pertama, jadi tidak perlu ditanyakan “bagaimana mungkin Allah menciptakan Ahad pada hari Ahad? Sedangkan saat diciptakan Ahad, hari Ahad itu belum ada”.

Zikir Hari Jumaat

Follow HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!