Zikir Hari Sabtu

Zikir Hari Sabtu – Yaahaiiyu Yaa Qaiyyuum

Zikir Hari Sabtu – Yaahaiiyu Yaa Qaiyyuum | Zikir menenangkan hati. Ketahuilah bahawa haiwan dan tumbuhan diciptakan untuk hanya berzikir kepada Allah dan memberi khidmat kepada manusia. Betapa besarnya pahala mendengar dan menyebut zikir. Masha Allah. Jom kita sama-sama istiqomah dalam berzikir.

Zikir Hari Sabtu

Zikir Hari Sabtu

YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat & Kelebihan

Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia semasa hidup kita.

Peristiwa Yang Berlaku Dihari Sabtu

1. Kejadian tipu daya kaum Nabi Nuh AS terhadap Nabi Nuh AS. Mereka membangkang kepada Nabinya. Bahkan, mereka sampai-sampai didatangkan seksaan berupa banjir yang sangat besar yang membuat mereka kuocar kacir.

2. Kejadian tipu daya kaum Nabi Saleh AS terhadap Nabi Saleh AS. Mereka mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka. Mereka memusuhi Nabinya sebagaimana memusuhi orang yang telah memusuhinya. Padahal Nabi Saleh tak pernah sekalipun menyakiti mereka.

3. Kejadian tipu daya saudara-saudara Nabi Yusuf AS terhadap Nabi Yusuf AS. Saudara-saudara Nabi Yusuf mengkhianati Nabi Yusuf dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir. Mereka menipu Nabi yang dikenal memiliki wajah rupawan itu.

4. Kejadian tipu daya kaum Nabi Musa AS terhadap Nabi Musa AS. Raja Firaun mencabar Nabi Musa. Kaum Nabi Musa atau yang dikenal dengan Bani Israel itu melakukan tipu daya dengan sangat keji kepada Nabi Musa AS.

5. Kejadian tipu daya kaum Nabi Isa AS terhadap Nabi Isa AS. Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa AS untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit. Kalaupun ada sebahagian orang yang mengikuti perintahnya, yang ada justeru mereka menyembahnya, bukan menyembah Allah sebagaimana perintah Nabi Isa AS.

6. Kejadian tipu daya para musyrikin Quraisy terhadap Nabi Muhammad SAW. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah. Mereka menipu Nabi Muhammad dengan ejekan dan cacian kepada Nabi tersebut.

Zikir Hari Jumaat

Follow HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *