Lunch Menu Warisan Malaysia Feast di Sunway Hotel Big Box – Jom Nikmati Hidangan Tradisional Malaysia

Lunch Menu Warisan Malaysia Feast di Sunway Hotel Big Box – Jom Nikmati Hidangan Tradisional Malaysia | Kalau sebut tentang makanan Malaysia, memang banyak hidangan yang terus mengingatkan kita kepada masakan ibu, kenduri dan juadah kampung. Daripada nasi beriani, lauk-pauk berempah, kuih-muih tradisional hinggalah pencuci mulut yang penuh warna-warni, setiap hidangan ada cerita dan kenangan tersendiri.

Warisan Malaysia Feast – Menu Tradisional 4 Negeri

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang bakal disambut tidak lama lagi, Sunway Hotel Big Box ada menyediakan menu promosi makanan tradisional Malaysia tau. Ada lima (5) set menu dari 4 negeri yang korang boleh cuba.

WARISAN MALAYSIA FEAST

Tarikh: 1 Aug – 30 Sept 2026
Masa: 12pm – 6pm
Tempat: Pendas Cafe (Level 1), Sunway Hotel Big Box

Menu Warisan Malaysia Feast

JOHOR
Nostalgia Biryani Dum Kambing Batu Pahat
RM28 nett per set

MELAKA
Melaka Style Kway Teow Soup Alai
RM22 nett per set

Peranakan Ayam Buah Keluak
RM22 nett per set

NEGERI SEMBILAN
Lemak Salai Telur Itik Belimbing Buluh
RM22 nett per set

SARAWAK
Manok Pansuh
RM22 nett per set

Setiap set didatangkan dengan satu gelas teh tarik ais. Tawaran ini hanya tersedia untuk makan di kedai (dine-in) sahaja.

Jom Cuba Warisan Malaysia Feast

Pada Ummi, menarik juga konsep Warisan Malaysia Feast di Sunway Hotel Big Box ini kerana kita berpeluang mengenali dan menikmati hidangan yang mewakili citarasa dari beberapa negeri di Malaysia.

Dengan harga bermula RM22 nett setiap set, lengkap pula dengan segelas teh tarik ais, pilihan lunch ini boleh jadi salah satu cara yang menarik untuk menikmati hidangan berinspirasikan warisan Malaysia.

Kalau korang berada di sekitar Sunway Big Box dan sedang mencari idea untuk makan tengah hari, bolehlah cuba Warisan Malaysia Feast ini. Cuma ingat, tawaran lunch set ini tersedia untuk dine-in sahaja.

Jadi, kalau diberi pilihan, korang nak cuba lunch set yang mana satu? Johor, Melaka, Negeri Sembilan atau Sarawak?

Makan-makan sambil beborak bergelak ketawa dengan Sis Lin dan Juju. Kami sudah, korang bila lagi?

Sebelum balik bodyguard Ummi sempat posing tepi swimming pool. Beliau mengidam je nak terjun mandi situ hehehe.

Untuk Tempahan @ Pertanyaan

Untuk tempahan, sila hubungi:
+6019 223 4738 atau +6019 233 7506 (Pendas Cafe)
FB, IG, TikTok: @sunwayhotelbigbox

Baca juga: Homemade Air Fryer Croutons

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *