Sunway Puteri Hills Iskandar Puteri: New Spot Menarik Untuk Explore, Makan & Lepak

Sunway Puteri Hills Iskandar Puteri: New Spot Menarik Untuk Explore, Makan & Lepak | Lepas lunch date dengan Sis Lin & Juju di Sunway Hotel Big Box (baca sini: Lunch Menu Warisan Malaysia Feast di Sunway Hotel Big Box – Jom Nikmati Hidangan Tradisional Malaysia), kami terus plan nak cari port lepak. Setelah bertukar-tukar lokasi, akhir Ummi ajak diorang ke Sunway Puteri Hills, kita emak-emak kepada anak-anak Gen-Z kena FOMO ok hahaha. Dah alang-alang diorang spend time kat Iskandar Puteri ni, jadi Kak Long kawasan ajak ronda new spot ni.

New Spot Sunway Puteri Hills

Kalau korang sedang mencari new spot di Iskandar Puteri untuk makan, minum kopi, lepak sambil menikmati suasana yang lebih santai, boleh masukkan Sunway Puteri Hills dalam senarai tempat untuk explore. Benda pertama Ummi memang tak menyabar nak bergambar kat kawasan ni hehehe. Biasalah kita playing tourist.

Terletak di kawasan Sunway City Iskandar Puteri, Sunway Puteri Hills merupakan destinasi dining dan lifestyle baru yang menarik dengan konsep makan di kawasan berbukit serta pemandangan menghadap Selat Johor. Betul berhadapan dengan sempadan Tuas, Singapura. Dari jauh pun dah boleh nampak Jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Kalau ikut sejarah asal usul tanah kawasan ni adalah kawasan Pendas Laut. Mengimbau kenangan Ummi zaman sekolah ikut kawan baik Ummi balik rumah kat Pendas Laut hehehe. Kawasan perkampungan nelayan di Gelang Patah yang telah dimajukan oleh Sunway.Group. Dari Sunway Puteri Hills tu korang masih boleh nampak jeti nelayan Pendas dan perumahan baru penduduk di seberang tanah Tg, Kupang & Kg. Ladang. Nampak juga view Forest City dari kejauhan hehehe. Memang breathtaking view.

Lokasinya juga berhampiran Sunway Emerald Lake, Sunway Big Box, Sunway Hotel Big Box dan banyak lagi. Sunway Puteri Hills baru je dibuka kepada orang ramai pada bulan ni Ogos 2026. Kawasan ni menghimpunkan pelbagai konsep makanan dan minuman daripada café, makanan Jepun dan Thai, hinggalah makanan tempatan serta seafood. Ada juga ruang outdoor, viewpoint dan beberapa spot yang menarik untuk bergambar sambil menikmati pemandangan sekitar. Paling penting ada Jeffrey Cheah Cicuit ok.

Café & Tempat Makan Di Sunway Puteri Hills

Kalau korang jenis suka cafe hopping, food hunting atau mencari tempat baru untuk weekend outing di Iskandar Puteri, Sunway Puteri Hills memang satu lokasi yang boleh dimasukkan dalam list. Antara cafe yang sudah dibuka:

  1. Made on Monday (Sudah dibuka)
  2. Makan Makan by Hock Kee (Sudah dibuka)
  3. Jeffrey Cheah Circuit (Akan datang)
  4. a’rest Cafe (Sudah dibuka)
  5. Cili Kampung (Akan datang)
  6. Kenny Hills Bakers (Akan datang)
  7. Reef Seafood (Sudah dibuka)
  8. Khunya Thai Kitchen (Sudah dibuka)
  9. Padi Villa (Akan datang)
  10. Kaetsu Japanese (Akan datang)

Banyak lagi pembangunan yang bakal dibuat tu nanti. Boleh la tambah-tambah lokasi menarik korang boleh singgah kalau ke Iskandar Puteri ni ya.

View Cantik & Instagrammable

Sunway Puteri Hills ni memang cantik! Bukan saja ada pemandangan yang breathtaking, tapi suasana sekeliling pun cukup tenang dan menyenangkan. Cuma sekarang ni kalau datang petang panas berdenting lah kan hehehe. Banyak spot yang Instagrammable, memang rugi kalau datang sini tapi tak keluarkan phone untuk bergambar!

Jom tengok gambar-gambar yang sempat kami snap. Ummi dah fefeeling kat Jeju Island dah tu. Kejap-kejap Ummi fefeeling dalam scene K-Drama Hometown Cha Cha Cha tau ekeke. Poyo! Sambil-sambil posing nampak lah feri nak ke Batam atau Tanjung Balai Karimun.

Sekali sekala tengok macam kat Ostolia ye gak ekeke. Next time Ummi nak cuba snap gambar time sunset. Mesti lagi cun view nya kan.

one with my bodyguard hehe bengkek je member dah panas berdentin Ummi ajak bergambar. Ini je gambar yang Ummi snap ya, gambar cafe-cafe tak ada sebab belum ada seru lagi nak JJCM kat sini hehehe. Nampak gaya tengah hype gini jangan serbu dulu la. Orang ramai beratur tu haaa.. saya kurang sabar ekekeke. Cerita lepak-lepak kami di hari Sabtu bersambung untuk next destination.. stay tuned!

Tempat Menarik Sekitar Sunway Puteri Hills

Alang-alang korang dah ke Sunway Puteri Hills, silalah nikmati keindahan kawasan sekitarnya seperti:

  1. Sunway Big Box Retail Park – sesuai untuk shopping ringan, makan-makan dan lepak bersama keluarga. Sunway Big Box Retail Park
  2. EnerG X Park @ Sunway Big Box – aktiviti indoor/outdoor untuk yang nak lebih aktif dan sesuai juga untuk keluarga. EnerG X Park (Sunway Big Box)
  3. X Park Sunway Iskandar – aktiviti adventure dan outdoor; boleh masukkan kalau nak aktiviti yang lebih lasak. X Park Sunway Iskandar
  4. LEGOLAND Malaysia Resort – pilihan paling sesuai kalau bawa anak-anak; boleh pilih Theme Park, Water Park atau SEA LIFE. LEGOLAND Malaysia
  5. SEA LIFE Malaysia – akuarium indoor dalam kawasan LEGOLAND, sesuai kalau nak aktiviti santai dan tak mahu panas.
  6. LEGOLAND Water Park – memang ngam untuk family day, terutama kalau cuaca panas.
  7. Puteri Harbour – jalan-jalan tepi marina, makan, ambil gambar dan menikmati suasana waterfront.
  8. Dataran Mahkota & Kota Iskandar – sesuai untuk sightseeing, bergambar dan tengok seni bina bangunan kerajaan Johor.
  9. Puteri Harbour Fountain – spot santai dan bergambar di kawasan Puteri Harbour. Puteri Harbour Fountain
  10. Sunway Emerald Lake – kawasan tasik dalam Sunway City yang sesuai untuk jalan-jalan santai dan ambil gambar. Sunway sendiri menyenaraikannya sebagai salah satu tarikan rekreasi township.
  11. TMIYC Iskandar Puteri – kawasan riadah sesuai untuk seisi keluarga.
  12. SnowLand Johor Bahru – tarikan indoor bertemakan musim sejuk dengan salji, gelongsor ais dan snow play zone.

Lokasi Sunway Puteri Hills

AlamatJalan Medini Selatan, Sunway City, 81550 Iskandar Puteri, Johor.

@herneenazir A new spot to explore in Iskandar Puteri — SUNWAY PUTERI HILLS! @sunwayputerihills Singgah bukan untuk makan² walaupun banyak port makan.. kami cuma nak fefeeling macam kat Jeju Island hahaha.. Tak sangka Pendas Laut dah cantik macam ni hehehe.. #sunwayputerihills #sunwaycityiskandarputeri #healing #johor #iskandarputeri ♬ Romantic Sunday – Car, the garden

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *