Cara Mudah Merebus Telur Supaya Masak Sempurna

Cara Mudah Merebus Telur Supaya Masak Sempurna | Semenjak sebulan lebih gigih menjaga pemakanan Babah, Ummi kena rajinlah bereksperimen di dapur. Kali ni Ummi nak share cara merebus telur supaya masak sempurna ikut keperluan. Kalau korang nak telur rebus yang cantik dan ikut tahap kematangan, korang boleh guna guideline mudah ni.

Kiraan Masa Mengikut Kematangan Telur

Cara Mudah Merebus Telur Supaya Masak Sempurna

Masa dikira selepas air mula mendidih:

  1. Masa: 4 – 5 Minit – Hasil Telur: Kuning sangat cair / soft boiled
  2. Masa: 6 Minit – Hasil Telur: Kuning cair tetapi sedikit pekat
  3. Masa: 7 – 8 Minit – Hasil Telur: Kuning separuh masak, creamy
  4. Masa: 9 – 10 Minit – Hasil Telur: Kuning hampir masak sepenuhnya
  5. Masa: 11 – 12 Minit – Hasil Telur: Telur masak penuh / hard boiled

Cara rebus telur supaya mudah dikupas

  1. Masukkan telur dalam periuk.
  2. Isi air sehingga telur tenggelam sepenuhnya.
  3. Panaskan sehingga air mula mendidih.
  4. Bila dah mendidih, mula kira masa ikut tahap kematangan yang diingini.
  5. Bila cukup masa, terus angkat dan masukkan telur ke dalam air ais/air sejuk selama 5–10 minit.
  6. Ketuk kulit telur perlahan-lahan dan kupas.

Tips Ummi

  • Kalau nak telur rebus untuk sarapan atau meal prep, 10–11 minit biasanya paling ngam — putih telur masak elok dan kuning masih cantik, tak terlalu kering.
  • Kalau nak telur rebus yang kuningnya betul-betul di tengah dan tak ada lingkaran kelabu/hijau, masa 10 minit + terus rendam air ais memang pilihan yang baik.

Baca juga: Resipi Paku Rawan Goreng Belacan

FOLLOW TIKTOK HERNEENAZIR

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *