Pengalaman Travel ke China: Shanghai, Zhenjiang & Hainan Dalam Trip Singkat (Part 1)

Pengalaman Travel ke China: Shanghai, Zhenjiang & Hainan Dalam Trip Singkat (Part 1) | Ada urusan kerja yang membawa Ummi terbang ke China untuk satu trip yang agak singkat, iaitu selama 4 hari 3 malam bermula 15 Jun hingga 18 Jun 2026. Walaupun tempohnya pendek, perjalanan kali ini cukup menarik kerana Ummi berpeluang menjejakkan kaki ke beberapa tempat iaitu Shanghai, Zhenjiang di Jiangsu dan transit 8 jam di Hainan sebelum berlepas balik semula ke Singapore.

Preparation Sebelum Outstation

Sebelum nak meninggalkan hero-hero kesayangan, ada la sikit preparation Ummi supaya yang ditinggalkan tak lapar hehehe. Bagi memudahkan urusan Babah menjaga anak-anak, Ummi masaklah serba sedikit lauk pauk untuk diorang sepanjang ketiadaan Ummi. Lauk-pauk tu ummi frozen kan jadi nanti diorang defrost dan hangatkan je bila nak makan.

Sarapan pagi tu Ummi masak Maggi Goreng, untuk hari pertama lauk Ayam Yellow (Ayam Lemak Cili Api) kegemaran Syahid dan kobis goreng. Selebihnya untuk difrozenkan Asam Pedas Ayam dan Kari Ayam.

Ummi tak bawa banyak cash pun, sebab memang purposely nak guna Touch N Go & Ali Pay je. Kad VISA Touch N Go tu pun sampai ngam-ngam sehari sebelum berlepas hehehe.

Oleh kerana minggu Ummi ke sana tu, jadual kerja Babah adalah kerja malam jadi ada semalam yang anak-anak terpaksa tumpang rumah Mama Cu sebab Babah dapat cuti sehari selepas Ummi pergi. Alhamdulillah ada adik-adik yang membantu.

23 Jun – Berlepas dari Singapore Changi Airport

Babah hantar Ummi ke PTP, Abang Din driver dah menunggu. Dari PTP Ummi bersama seorang lagi officemate encik Pilot, Capt. Shafiq (CSQ). Kami bertolak dari PTP ke Changi Airport dalam pukul 12pm. Kami ke sana awal bagi mengelakkan jem atau sebarang kelewtan check-in.

Flight dari Changi Airport ke Shanghai Pudong International Airport dalam jam 5 petang. Sempatlah kami pusing-pusing cuci mata.

Sempat jugalah melepak alas perut di The Coffee Bean & Tea Leaf. Sambil tengok gelagat manusia di airport hehehe. Dah lama tak kerja obersi kan hahaha. Selalu over the river je ke Singapore melintas Sungai Pendas hahaha.

Flight Air China mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Singapore ke Shanghai. Apoooo den nak buek 5 jam ni hahaha. Tidur, main game kat minitor depan tu, tidur semula, bangun lagi sambung main game hahaha.

Dah habis boring berangan la sambil melihat keindahan langit ciptaan Allah.

Check-in di Home Inn – Neo, Shanghai

Sampai di Shanghai Pudong International Airport lebih kurang jam 11pm, time zone sama jadi tak payah pening-pening hehe.

Lepas turun dari kapal terbang, kena naik train untuk ke Terminal 2, settled custom clearance kami terus ke level 3 menunggu shuttle bus untuk membawa kami ke Hotel Inn Neo.

Seram juga naik bas ni memalam macam lalu jalan tikus hahaha. Dah la driver bas garang, nak berbual dengan dia pun macam ayam dan itik hahaha.

Alhamdulillah Ummi sampai di Home Inn – Neo sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pada keesokan harinya.

Bilik selesa dan kemas, oklah nak berehat dan tidur sekejap je, next 2 nights dah stay kat hotel di Zhenjiang. Pukul 1am pun mata Ummi tak boleh tidur lagi, apa lagi perut lapar bedal maggi sorang-sorang hehehe.

6.30pagi dah terang benderang ya kat sini. Design rumah cantik-cantik, pengaruh DIsneyland sebab kawasan ni dah dekat sangat dengan Shanghai Disneyland Park. Ummi bangun siap-siap, pukul 9am dah nak gerak ke Zhenjiang by car.

Menu breakfast di hotel, ohhh tidakkkk memang tak lah nak makan. Sah-sah haram ni hahaha.

Ummi tawakkal je la makan roti, buah dan jagung. Selain tu Ummi ada bekal fitness bar untuk makan sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Sebelum memulakan perjalanan, jangan lupa bekal sebotol mineral kosong. Almaklumlah kat China susah nak jumpa biddet hehehe. Kang naya keje time nak membuang, dah la Ummi ni ratu membuang hahaha.

Dari Shanghai, perjalanan diteruskan menuju ke Zhenjiang, Jiangsu untuk urusan kerja yang telah dirancang. Bersambung episod seterusnya hehehe.

Baca juga: Travel Ke China Pertama Kali? Ini 20 Tips Penting Yang Ramai Tak Tahu (2026)

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *