Resipi Paku Rawan Goreng Belacan | Ini kali pertama kali Ummi masak dan tengok sendiri depan mata sayur paku rawan ni. Seriously kalau tak kerana terkecur tengok mukbang yang FYP kat TikTok memang sampai ke sudah Ummi tak kenal pun paku rawan ni hehehe. Dah ada niat nak beli paku rawan kat TikTok je sebab dah kecur sangat, tup-tup nampak Ecah post status whatsapp makcik dia mencari paku rawan kat area kampung kami ni. Lahhhh.. ada rupanya eh, Ummi ingat kat kawasan paya-paya bersawah padi je. Rupanya kampung kami ada, cuma nak ambil tu memang adventure banyak lah hehehe.
Paku Rawan Sebelum di Masak

Malam tu juga Ecah bagi seplastik terus. Ya Allah terima kasih bebanyak. Excited betul Ummi rasa nak makan paku rawan ni hehehe. Level kecur tu macam menjejes-jejes air liur hahaha. Ummi plan nak masak goreng belacan. Nampak diorang makan sedap benor.
Resipi Paku Rawan Goreng Belacan

Bahan-bahan:
1 ikat paku rawan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi atau cili hidup (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 inci belacan (dibakar)
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi/ cili hidup, belacan sehingga lumat.
- Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, sedikit garam. Kacau rata.
- Masukkan paku rawan dan gaul dengan api besar selama 2-3 minit sahaja supaya kekal rangup.
- Tutup api dan terus hidangkan bersama nasi panas.
Tips Menghilangkan Pahit Paku Rawan
- Korang celur sekejap sebelum dimasak dengan bahan-bahan lain.
- Lagi satu Ummi baca di TikTok, jaangan masak terlalu lama. Sekejap je bagi rangup.
Sedap ke Paku Rawan?
Bagi tekak Ummi sedap! Ada la rasa pahit-pahit sikit tapi mild je. Tak terlalu pahit. Kalau pahit pun sedap je rasanya. Ummi makan dengan nasi panas-panas ehhh menambah eh hehehe. Lega weh dapat juga merasa. Lepas ni boleh la upah makcik Ecah carikan lagi paku rawan hehehe. Tapi kan Ummi baca tak boleh selalu makan paku rawan betul ke tak tak pasti lah.
Bahaya Ke Makan Paku Rawan?
Paku rawan (Limnocharis flava atau genjer) secara amnya bukan tumbuhan beracun maut, tetapi ia boleh membawa kesan buruk jika diambil secara berlebihan atau tidak dimasak dengan betul. Petua orang lama mengaitkan pengambilan berlebihan dengan “sakit angin” atau linu, manakala dari sudut ekologi ia adalah rumpai air yang agresif (Kredit: Petua Nenek)
Jadi nak makan atau buat apa-apa je pun kenalah berpada-pada ya. Sekian dari Ummi yang dah puas hati sebab dapat makan paku rawan hehehe.
![]()