Warung Gepuk Nusantara: Nasi Ayam Gepuk Quarter Hanya RM11.50 Percuma Air Memang Berbaloi! | Kalau korang tengah mencari port makan tengah hari yang sedap, mengenyangkan dan mesra poket, Ummi rasa Warung Gepuk Nusantara memang patut masuk dalam senarai. Walaupun cuma sebuah warung tepi jalan, pelanggan memang tak putus-putus datang terutama waktu lunch. Dengan harga cuma RM11.50, dah boleh menikmati nasi ayam gepuk bersama potongan ayam quarter, malah siap dapat air minuman percuma yang boleh refill. Memang antara lunch bajet yang berbaloi untuk dinikmati.

Review Nasi Ayam Gepuk Warung Gepuk Nusantara

Masa hidangan sampai, perkara pertama yang menarik perhatian Ummi mestilah potongan ayam quarter yang agak besar. Memang puas tengok saiznya dan tak rasa macam berkira langsung. Ayam digoreng rangup di luar tetapi isi masih lembut dan juicy di bahagian dalam.
Sambal gepuk pula memang menjadi pelengkap utama. Rasanya pedas dengan sedikit rasa manis dan cukup menyengat untuk menaikkan selera. Kalau jenis yang suka pedas, memang confirm akan tambah sambal lagi.
Nasinya pula dimasak elok, dipadankan dengan kobis goreng dan tauhu goreng yang melengkapkan hidangan. Walaupun menu nampak ringkas, kombinasi semua bahan memang buat satu pinggan habis tanpa sedar. Ummi makan sikit punya laju macam kena kejar anjing hahaha. Memula nampak banyaknya mampu ke nak habiskan, sekali ehhh habis licin ekekeke.


Apa yang Ummi paling suka ialah nilai yang ditawarkan. Dengan harga RM11.50, bukan sahaja dapat ayam quarter yang besar, malah air minuman turut diberikan secara percuma dan boleh refill. Susah juga nak jumpa tempat makan yang masih menawarkan pakej macam ni pada harga sebegini.
Walaupun konsepnya hanya warung tepi jalan, suasananya santai dan sesuai untuk singgah makan tengah hari bersama keluarga, rakan sekerja ataupun kalau nak makan seorang diri. Yang penting, makan puas tanpa perlu risau poket kering ekeke..
Ayam Gepuk For Life

Overall, Ummi memang berpuas hati dengan pengalaman makan di Warung Gepuk Nusantara. Hidangannya sedap, portion besar, harga mesra poket dan layanan air refill percuma memang satu bonus yang buatkan pengalaman makan jadi lebih berbaloi. Kalau korang memang peminat nasi ayam gepuk atau sedang mencari port lunch yang sedap dengan harga bawah RM12, bolehlah singgah dan cuba sendiri. Mana tahu, lepas ni terus jadi salah satu port makan kegemaran korang. Ummi memang plan nak bawak hero-hero memandangkan Nasi Ayam Gepuk dah jadi makanan kebangsaan keluarga Mohd Nazir Mahat hahaha.
Korang jangan lupa cuba ya. Ada juga kedai nasi ayam gepuk baru lain di Gelang Patah ni, contohnya Ayam Gepuk Wangah @ 68 Avenue. Babah dan The Ilhams pernah makan kat sini masa Ummi outstation ke China. Ummi je tak pernah merasa lagi hehehe. Nanti kita try hehehe.
Lokasi Warung Ayam Gepuk Nusantara
Alamat: Jalan Nusaria 6, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor Darul Ta’zim.
Dibuka setiap hari – 11:00 PG–6:30 PTG
Baca juga: Resipi Roasted Chicken Rice Homemade Yang Sedap & Mudah Dibuat
@herneenazir ✨WARUNG GEPUK NUSANTARA✨ 📍 Jalan Nusaria 6, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor Darul Ta'zim. Dibuka setiap hari – 11:00 PG–6:30 PTG First time makan kat sini.. Ok sedap! Ayam Quarter & air PERCUMA boleh refill hanya RM11.50 sahaja. Lepas ni boleh bawa askar-askar makan sini memandangkan Nasi Ayam Gepuk dah jadi makanan kebangsaan keluarga Nazir hahaha. @Warung Gepuk Nusantara #warunggepuknusantara #gelangpatah #ayamgepuk #johorfoodie #makansedapjohor ♬ original sound – Hernee Nazir
![]()