Review Kenangan Coffee: Steak & Cheese Sandwich dan Butter Nutty Creampuff

Review Kenangan Coffee: Steak & Cheese Sandwich dan Butter Nutty Creampuff | Sekali lagi Ummi FOMO ekekeke. Dah lama viral tapi tak sempat lagi nak mencuba, Semalam bawa anak-anak ke Sunway Big Box pusing-pusing saja healing sebelum minggu ni memasing berperang dengan Ujian Penilaian Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. Kali ini Ummi sempat cuba dua menu dari Kenangan Coffee iaitu Steak & Cheese Sandwich dan Butter Nutty Creampuff. Jom Ummi kongsi apa yang saya rasa selepas mencubanya.

Review: Steak & Cheese Sandwich

Steak & Cheese Sandwich ni memang antara menu yang buat Ummi rasa berbaloi nak repeat. Rotinya dipanggang elok, rangup di bahagian luar tapi masih lembut bila digigit. Serious lembut weh. Isi daging steak pula agak banyak dan paling penting, lembut je, langsung tak liat. Bila digabungkan dengan cheese yang cair, memang setiap suapan terasa lagi padu dan mengenyangkan. Bagi Ummi, sandwich ni sesuai sangat kalau nak dijadikan sarapan atau alas perut waktu tengah hari. Lagi best kalau nikmati sekali dengan secawan kopi dari Kenangan Coffee, memang kombinasi yang cukup untuk buat perut kenyang dan hati pun senang ekekeke.

Review: Butter Nutty Creampuff

Untuk Butter Nutty Creampuff pula, walaupun saiznya nampak comel, tapi jangan pandang sebelah mata sebab intinya memang agak generous. Kali ni Ummi try satu flavour dulu je hehehe. Bila digigit, rasa krim butter yang lembut terus terasa bersama aroma kekacang yang agak kuat, buat kombinasi rasa yang cukup sedap. Apa yang Ummi suka, tahap kemanisannya memang ngam dan tidak terlalu overpower, jadi boleh habiskan sebiji tanpa rasa muak. Kulit puff pula ringan dengan tekstur yang sedikit rangup, menjadikan setiap suapan lebih menarik. Memang sesuai dijadikan pencuci mulut atau teman minum kopi bila nak santai-santai. Lepas ni kalau terasa nak makan seketul je tak payah la Ummi beriya order dengan bakers hehehe. Beli je lah kat sini.

Berbaloi Tak Beli Steak & Cheese Sandwich & Butter Nutty Creampuff

Secara keseluruhannya, dua menu ini memang berjaya buat Ummi puas hati. Ehhh bukan Ummi je tau, Babah dan Syamil p[un suka sampai repeat order. Steak & Cheese Sandwich sesuai untuk yang nak sesuatu yang mengenyangkan, manakala Butter Nutty Creampuff pula jadi pelengkap yang manis selepas makan. Kalau korang singgah ke Kenangan Coffee dan nak cuba selain menu kopi mereka, Ummi rasa dua pilihan ini memang berbaloi untuk dimasukkan dalam senarai. Part coffee nya pula, Ummi masih setia dengan Kenangan Latte. Sedap! Ehh hari tu Ummi ke Batam, kat sana Kenangan Latte tu namanya Kopi Kenangan Mantan ada gula aren, sedap dan lagi kaw hehehe.

Ok untuk korang yang belum pernah cuba, silalah cuba memang puas hati!

Review Kenangan Coffee: Steak & Cheese Sandwich dan Butter Nutty Creampuff

Baca juga:Review Kampung Carabao Forest City: Tempat Makan Best Dengan View Cantik

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *