Resipi Roasted Chicken Rice Homemade Yang Sedap & Mudah Dibuat | Dah lama gila Ummi tak masak Nasi Ayam. Rasanya bertahun kot hehehe. Sebab pada mulanya anak-anak bukan penggemar nasi ayam, tapi bila dah selalu ajak makan di The Chicken Rice Shop, diorang dah muka suka. Jadi semangatlah sikit Ummi nak masak Nasi Ayam ala-ala The Chicken Rice Shop ekekeke.
Resipi Roasted Chicken Rice Homemade Yang Sedap & Mudah Dibuat
Sebenarnya resipi ni Ummi jumpa di TikTok, tapi resipi asalnya adalah Nasi Ayam Hainan. Ummi ni kalau masak memang akan ikut selera anak-anak. Ummi yakin diorang lebih suka ayam roasted. Jadinya dari resipi tu Ummi ubah sikit ayamnya selepas direbus Ummi marinate dengan sos tiram dan madu sebelum di panggang.

Bahan-bahan & Cara-cara Membuat Roasted Chicken Rice Homemade
Ayam direbus perlahan (Poached chicken) – Seekor ayam ~1.5kg
*letak 1 sudu besar garam dibahagian dalam rongga ayam
Daun bawang
6 ulas bawang putih (diketuk)
4 hiris halia
Air secukupnya dalam periuk (sampai ayam tenggelam)
1) Rebus dengan api yg perlahan (tidak mendidih kuat) selama 40-45minit.
2) Angkat dan rendam dalam bekas berisi air dan ais dalam 10minit boleh keluarkan.
3) Lumurkan dengan sedikit minyak bijan. Potong dan sedia untuk dihidang
**Ummi jadikan ayam tu roasted chicken, Ummi lumurkan dengan sos tiram dan madu dan bakar dalam air fryer.
4) Air rebusan ayam boleh digunakan untuk buat nasi ayam, sos lada, sos kicap dan sup nasi ayam.
Bahan-bahan & Cara-cara Membuat Nasi Ayam
Kulit ayam (Trim dibahagian peha ayam)
2 sudu besar marjerin
6 ulas bawang putih (diketuk)
3 hiris halia
Daun bawang (disimpul)
4 pot beras
4.5 pot stok air rebusan ayam
3 helai daun pandan (disimpul)
1 sudu besar serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
1) Masak kulit ayam sehingga keluar minyak
2) Masukkan 2 sudu besar marjerin dan tumiskan bawang putih, halia & daun bawang sehingga naik bau
3) Masukkan beras, tumis selama 1 minit dan pindahkan kedalam periuk nasi elektrik.
4) Masukkan stok rebusan ayam, daun pandan, serbuk pati ayam dan garam. Biarkan masak.
Bahan-bahan & Cara-cara Membuat Sos Lada Bawang Putih
6 ulas bawang putih
3 hiris halia
8 batang cili hidup
2 batang cili padi
Sedikit stok air rebusan ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit cuka
1) Kisarkan kesemua bahan diatas
2) Didihkan dalam periuk sekejap untuk sos tahan lebih lama dan tak mudah basi.
3) Siap untuk dihidang
Bahan-bahan & Cara-cara Membuat Sos Kicap
4 sudu besar kicap cair
4 sudu besar kicap pekat (kalau guna kicap pekat karamel letak 1 sudu besar dah cukup)
1 sudu besar kicap lemak manis (suka manis boleh letak lebih)
2 senduk stok air rebusan ayam
1 sudu besar minyak bijan
Campurkan kesemua bahan sos kicap, siap untuk dihidang.
Bahan-bahan & Cara-cara Sos halia daun bawang
3 inci halia
Hirisan daun bawang
Sedikit garam
1 sudu kecil minyak bijan
Minyak panas
1) Tumbuk halus halia dan masukkan daun bawang yg telah dihiris
2) letakkan sedikit garam dan 1 sudu kecil minyak bijan
3) Curahkan minyak panas ke atas halia dan daun bawang.
4) Gaul rata dan siap untuk dihidang
Untuk kali ni Ummi skip buat sos halia daun bawang ni.
Resipi Roasted Chicken Rice Homemade Memang Sedap & Recommended Untuk Dibuat
Alhamdulillah, Allah bagi sedap. Nasinya wangi sangat. Ummi hidangkan nasi ayam roasted bersama hirisan timun, salad, tomato dan juga sup ayam. Makan pula dengan sos kicap dan sos lada bawang putih perghhh sedap. Next nanti Ummi nak buat nasi ayam hainan pulak. Thanks owner resipi, semoga dikurniakan pahala berpanjangan.
Credit resipi: TikTok DYASAZZY
Klik sini untuk himpunan resipi dari blog HERNEENAZIR.COM
![]()