Review Kampung Carabao Forest City: Tempat Makan Best Dengan View Cantik

Review Kampung Carabao Forest City: Tempat Makan Best Dengan View Cantik | Kalau sebut Forest City, mesti ramai yang terus terbayang pemandangan laut dan suasana yang tenang. Ada juga yang terbayang pasal Network School kan? Isu hangat di Forest City ekekeke. Baik korang ngaku sekarang! Tapi sebenarnya, kawasan ni pun ada beberapa port makan yang menarik untuk diterokai. Lunch hour rehat hari Jumaat Ummi dan geng makan sempat lunch di Kampung Carabao Forest City, sebuah restoran yang bukan saja menawarkan hidangan yang sedap, malah suasananya pun cukup mendamaikan. Kalau korang sedang mencari tempat makan untuk lunch bersama keluarga atau kawan-kawan, mungkin tempat ni boleh masuk dalam senarai.

Kanan sekali tu Athirah, newly registered as Geng Makan hahaha. Sebelah dia Geng Makan since 2013, Mak Leen hahaha.

Apa Yang Kami Cuba di Kampung Carabao Forest City

Mestilah tak lengkap kalau datang sini tanpa mencuba beberapa menu signature mereka. Lagi-lagi macam Ummi ni yang baru pertama kali nak mencuba. Untuk lunch kali ni, kami pilih hidangan yang sesuai dikongsi ramai-ramai.

Thai Fragrance Rice
Nasi wangi ala Thai yang dimasak sempurna. Memang pasangan terbaik untuk dinikmati bersama lauk-pauk yang berkuah.

Tomyam Seafood (Small)
Kuah tomyam cukup pekat dengan gabungan rasa masam, pedas dan sedikit manis. Seafood pula segar dan portion sesuai untuk 3 orang makan.

Phatimau Fish Meat
Antara menu yang paling mencuri perhatian. Isi ikan lembut dan segar, disaluti tepung dan digoreng serta dipadankan dengan sos gaya Thai yang kaya dengan aroma herba serta rasa masam manis yang cukup membangkitkan selera.

Crispy Mixed Vegetables with Butter Sauce
Sayur-sayuran yang digoreng rangup sebelum disalut dengan butter sauce yang lemak berkrim. Walaupun nampak ringkas, menu ni memang sedap dan seimbang untuk dinikmati bersama hidangan lain.

Iced Thai Green Tea
Rasa teh hijau yang harum dengan tekstur berkrim. Manisnya sederhana dan sangat menyegarkan.

Iced Thai Red Tea
Minuman klasik Thai yang cukup sinonim dengan restoran Thai. Rasanya lemak, wangi dan memang sesuai diminum ketika menikmati hidangan yang pedas.

Guava Soursop Juice
Gabungan jus jambu batu dan soursop (durian belanda) yang unik. Rasanya segar dengan sedikit rasa masam manis semula jadi, sesuai untuk menghilangkan rasa pedas selepas menikmati tomyam.

Kampung Carabao Forest City Ada Sijil Halal JAKIM

Salah satu perkara yang pastinya memberi keyakinan kepada pengunjung Muslim ialah status halal restoran ini. Kampung Carabao Forest City mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dengan nombor rujukan MS 1500 2 009-04/2026.

Jadi, pengunjung Muslim boleh menikmati hidangan Thai yang disediakan dengan lebih tenang sambil mencuba pelbagai menu menarik yang ditawarkan. Daripada hidangan seafood, tomyam, nasi wangi Thai sehinggalah minuman istimewa mereka, semuanya boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Review Kampung Carabao Forest City: Tempat Makan Best Dengan View Cantik

Secara keseluruhannya, pengalaman lunch di Kampung Carabao Forest City memang memuaskan. Makanan sedap, suasana nyaman dan pemandangan sekeliling memang buatkan sesi makan jadi lebih santai. Sesuai kalau nak bawa keluarga, meraikan hari istimewa atau sekadar keluar makan sambil menikmati angin laut. Kalau korang bercadang ke Forest City nanti, jangan lupa singgah dan rasai sendiri pengalaman makan di sini. Mana tahu, ia pun akan jadi salah satu port kegemaran korang!

Nikmati View Cantik Forest City

Kalau korang nak makan sambil menikmati view pantai yang cantik, korang bolehlah makan di bahagian luar restoran, tapi tak ada aircond lah ya. Udara dan angin semulajadi je.

Korang juga boleh duduk di bahagian dalam dengan dekorasi menarik gaya Thai. Sejuk sikitlah ada aircond hehehe.

Lepas makan boleh lah playing tourist kejap hehehe. Dah lama sebenarnya Ummi tak meronda ke sini. Panas pun panaslah posing tetap onz hahaha. Yang dua ni pun melayan je kan hahaha. Kalau lunch hour lama memang turun sampai tepi pantai. SIap-siap posing berdezup balik PTP semula. Alaaa dekat je pun.

Nahhh kalau korang nak makan-makan kat sini, lokasinya berada di Fisherman Wharf Island 1, berdekatan dengan hotel dan sales gallery.

Lokasi Kampung Carabao Forest City

Alamat: F-02 15&16 Level 2, 2F, Fisherman Wharf Island, 1, Jln Forest City – Lebuhraya Tanjung Pelepas, Forest City, 81550 Gelang Patah, Johor Darul Ta’zim.

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/FxAkqgCWCSfUUEyQ6

Tel: ‪+60 14‑366 1669‬

WhatsApp: wa.link/r7y9f1

Operation Hours: (Mon to Sun) 12pm to 10pm | No Rest

Baca juga: Review New ZUS Pistachio Series: Sedap Ke Menu Pistachio Terbaru ZUS?

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *