Review New ZUS Pistachio Series: Sedap Ke Menu Pistachio Terbaru ZUS? | Kalau korang peminat pistachio, mesti perasan yang kebelakangan ni banyak dessert dan minuman berasaskan pistachio muncul di sana sini. Lagi-lagi sejak trend chocolate pistachio kunafa viral, gabungan rasa creamy, nutty dan coklat ni memang ramai yang mula jatuh hati termasuklah Ummi ekekeke.
Jadi bila nampak New ZUS Pistachio Series diperkenalkan, memang rasa teruja nak cuba. Sebab Ummi sendiri memang suka kombinasi pistachio dengan coklat, jadi mestilah kena test sama ada menu terbaru ZUS ni betul-betul sedap atau sekadar ikut trend.
Barisan Menu ZUS Pistachio Series
- Pistachio Chip Frappé: Kisaran ais berkrim pistachio dengan cip coklat rangup dan taburan coklat di atasnya.
- Iced Finally Pistachio Chocolate: Gabungan rasa pistachio bersama coklat pekat, ditambah dengan serpihan kek brownie (bergantung pada stok).
- Iced Pistachio Café Latte: Bancuhan espresso bersama lapisan adunan pistachio yang licin dan berlemak.
- Iced Pistachio: Susu berperisa pistachio asli yang berkrim untuk rasa kacang yang sebenar.
Siapa Yang Patut Cuba ZUS Pistachio Series?
Ummi sangat mengesyorkan ZUS Pistachio Series ini kepada:
- Peminat pistachio.
- Penggemar chocolate pistachio kunafa.
- Mereka yang suka minuman premium dengan rasa yang lebih unik.
- Peminat coklat yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza daripada menu biasa.
Kalau korang bukan penggemar pistachio, mungkin siri ini bukan pilihan utama. Tapi kalau korang memang suka kombinasi coklat dan pistachio, Ummi yakin korang akan suka.
Review New ZUS Pistachio Series: Sedap Ke Menu Pistachio Terbaru ZUS?

Review New ZUS Pistachio Series
Sejak chocolate pistachio kunafa viral tu, memang ramai yang jatuh cinta dengan gabungan coklat dan pistachio. Ummi pun salah seorang! Jadi bila nampak ZUS Coffee keluarkan New ZUS Pistachio Series, memang terus rasa nak cuba.
Kali ni Ummi sempat rasa dua menu baru mereka iaitu Pistachio Chip Frappé dan Iced Finally Pistachio Chocolate. Lepas habis minum, Ummi boleh kata… memang sedap! Kalau korang jenis suka dessert atau minuman yang ada rasa chocolate pistachio, memang kena cuba.
Review ZUS Pistachio Chip Frappé
First sekali Ummi cuba Pistachio Chip Frappé.
Minuman ni memang jenis creamy dan smooth. Rasa pistachio dia agak pekat tapi tak over, jadi masih sedap diminum sampai habis. Yang best tu ada chocolate chip dalam dia, jadi sesekali dapat rasa tekstur rangup sikit. Memang menambah sedap!
Bagi Ummi, frappé ni sesuai kalau tengah cuaca panas atau nak layan minum petang.
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐ (5/5)
Review ZUS Iced Finally Pistachio Chocolate
Yang ni pun boleh tahan sedap!
Kalau korang suka chocolate pistachio kunafa yang tengah viral tu, saya rasa korang akan suka minuman ni. Rasa coklat dia lebih menyerlah, lepas tu ada rasa pistachio yang melengkapkan setiap hirupan. Memang kombinasi dia ngam.
Yang paling Ummi suka, dia tak terlalu manis. Jadi tak rasa muak walaupun habis satu cawan.
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐ (5/5)
Next time, Ummi nak cuba dua jenis lagi tu. Tengok umppphh tak ummpphh hehehe. Ok pesanan untuk korang, boleh minta “less sweet” rasanya sebab yang less sweet pun dah sweet, kalau kalau request “regular sweet” ditakuti terlalu manis. Tapi terpulanglah pada tekak masing-masing.
Berbaloi Ke Cuba New ZUS Pistachio Series?
Bagi Ummi, memang berbaloi untuk cuba, terutamanya untuk peminat pistachio.
Kadang-kadang menu viral nampak menarik tapi bila cuba rasa biasa sahaja. Tapi untuk New ZUS Pistachio Series, Ummi rasa ZUS berjaya hasilkan rasa yang sedap dan mudah diterima.
Sesuai sangat untuk minum petang, coffee break atau bila rasa nak reward diri dengan minuman manis yang sedikit special.
Kesimpulan
Overall, Ummi memang puas hati dengan New ZUS Pistachio Series ni. Kalau korang suka pistachio, coklat dan dessert ala-ala premium, Ummi rasa menu ni memang patut masuk dalam wishlist untuk cuba.
Bagi Ummi, ini antara flavour menarik yang ZUS keluarkan sebab rasa dia bukan sekadar manis, tapi ada gabungan rasa yang buat kita nak repeat lagi. Ni pendapat Ummi berdasarkan selera Ummi ya, kalau korang tak suka itu pendapat korang hehehe.
Dah cuba ZUS Pistachio Series? Share dengan Ummi, korang team pistachio atau team coklat? ekekeke. Ehh masa Matcha Cloud Series keluar Ummi lupa nak merajinkan diri buat review. Anak-anak pun dah jadi hantu matcha sekarang. Besar modal Ummi wooooo.. hahaha..
Baca juga: Review OTR Ice Americano CBTL – Kopi Viral Wajib Cuba
![]()