Buffet Ramadan 2025 – Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Buffet Ramadan 2025 – Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Buffet Ramadan 2025 – Holiday Villa Johor Bahru City Centre | Pertama kali merasa menu air tangan Chef di Holiday Villa Johor Bahru sempena buffet Ramadan yang bertemakan “Sentuhan Nostalgia Ramadan” pada tahun ini. Boleh tahan sedap. Sajian Sentuhan Nostalgia Ramadan mengetengahkan pelbagai jenis warisan Melayu lama dan moden dari pelbagai pelusuk negeri di Semenanjung Malaysia.

Sentuhan Nostalgia Ramadan di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Tarikh: 4 March – 29 March 2025
Masa: 6:30 PM – 10:00 PM
Tempat: Fern Pine Cafe @ 9th Floor
Surau di Tingkat 10

Menu Sentuhan Nostalgia Ramadan

Terdapat 16 stalls dengan lebih kurang 150 sajian sepanjang Ramadan nanti. Antara menu istimewa Nostalgia Ramadan:

Nasi Briyani Lamb Shank, Daging Masak Hitam, Kari Kepala Salmon, Udang Sambal Petai, Ulaman dan sambal, Kacang Pool, Durian Goreng, Bubur Manis Viral, Sago Gula Melaka, Cream Brulee Beries, Burung Puyuh Berempah dan Siakap Gergasi Sambal Strawberry.

Tak dilupakan aneka dessert yang memang buat korang rambang mata. Banyak gila pilihan. Korang kena cuba Cream Brulee Beries tu bukan je rupa menarik,rasanya pun sedap. Ada pelbagai jajan-jajan yang menggamit memori zaman kanak-kanak.

Dessert paling dicari di bulan Ramadan semestinya Murtabak, Roti John dan Durian Goreng. Overall memang banyak makanan yang sedap-sedap. Ummi suka gila Mantao Bun cicah Chilli Crab tu sedap weh. Selain tu Ummi suka Siakap Gergasi Sambal Strawberry, sambal dia sedap. Yang nak feeling lauk-pauk kampung, boleh makan Ikan Patin Tempoyak, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Telur Itik Masak Lemak dan banyak lagi. Korang kena grab early bird tau kalau nak jimat.

Live Performance

Temui Emcee Tersohor Johor Bahru, Embun JB dan persembahan akustik oleh Rizqy Muzika Entertainment pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Memang tak kering gusi la kalau dengar celoteh Embun ni kan.

Harga Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Early Bird Promo

(24 Jan – 28 Feb 2025)

Dewasa – RM145 nett

Buffet Ramadan 2025 – Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Harga Biasa

Dewasa – RM188 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM118 nett
Kanak-kanak (5 – 11 tahun) – RM88 nett

Pembelian 1 booklet (100 vouchers) dengan harga EARLY BIRD.
Sah untuk dine in dari 4 -29 Mac 2025.

Cabutan bertuah untuk setiap dinner voucher.

Pakej Ramadan (Bilik & Makanan)

RM590 nett untuk 2 orang termasuk:
– Deluxe Double Room
– 2 Buffet Sahur
– 2 Buffet Ramadan

Cara Menempah

+607-290 3367 | +6016 679 4278
Instagram: https://www.instagram.com/holidayvillajohorbahru/

SENARAI BUFFET RAMADAN 2025 DI JOHOR BAHRU

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *