
Sarapan Pagi Sedap di Pondok Santapan Larkin | Pertama kali ke sini, kalau ikutkan rasa tekak dah lama nak mencuba bila tengok kawan-kawan post makan kat sini. Tapi macam biasalah, bila Babah tanya nak makan kat mana mulut ni laju je jawab Mana Cafe Puteri Harbour je lah senang hehehe. Kebetulan last week Ahad, teman Babah ke Pejabat Pos Taman Gembira jadi sempatlah singgah sarapan pagi di sini.
Sampai je sini tengok orang ramai beratur panjang dan kebanyakan meja semua penuh. Alhamdulillah rezeki ada meja kecil yang muat dua orang untuk kami. Jadinya, Babah beratur beli makanan dan Ummi duduk chup tempat hehehe.
Info Tentang Pondok Santapan Larkin
Pondok Santapan Larkin adalah sebuah restoran yang terkenal di Larkin, Johor Bahru, Johor. Ia menyajikan pelbagai jenis hidangan sarapan pagi tradisional Malaysia, khususnya makanan Melayu, yang menjadi pilihan popular penduduk tempatan serta pelancong. Restoran ini dikenali kerana menawarkan hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan, serta suasana yang santai dan mesra.
Antara Makanan Yang Menarik di Pondok Santapan Larkin
Antara menu yang menjadi pilihan ramai di sini:
Roti Arab, Soto, Lontong, Nasi Lemak Ayam Berempah, Lempeng Asam Pedas, Roti jala, Nasi Ambang, Laksa Johor, Aneka Cucur dan banyak lagi.
Apa yang Ummi dan Babah makan?



Babah makan Lontong, Ummi makan Soto Nasi dan Rpti Arab tu kami share berdua. Alhamdulillah tiga-tiga menu yang kami ambil ni sedap. Lontong tu kuah padu, soto pun sedap siap ada bergedil. Manakala Roti Arab pun memang sedap dicicah pula dengan kuah kari. Mantap! Memula ingatkan Roti Puri, tapi tulis situ Roti Arab. Ke sama ek? Eh makan je la janji sedap.
Overall memang sedap la makanan kat sini. Patut ramai orang hehehe. Next time boleh cuba menu lain. Baru perasan tak ada gambar wefie berdua hehehe. Syok sangat makan nampaknya.
Lokasi Pondok Santapan Larkin

Pondok Santapan Larkin
Alamat: No. 8, Jalan Puyuh Larkin Jaya, Larkin, 80350, Johor
Telefon: 012-745 0560
Waktu Perniagaan
Sabtu – Khamis (7.00 pagi hingga 12 tengahari)
Jumaat (Tutup)