Majestic Johor Festival 2024 (28 Aug – 1 Sep 2024) bakal kembali untuk edisi tahun 2024. Ianya berlangsung pada 28 Ogos 2024 hingga 1 September 2024, mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam bertempat di Puteri Harbour, Bandaraya Iskandar Puteri, Johor.
Penganjuran Festival Majestic Johor yang kini memasuki edisi ketiga pada tahun ini menyasarkan kehadiran 600,000 pengunjung. Meskipun tempoh penganjuran lebih singkat iaitu lima hari berbanding lebih seminggu pada tahun-tahun sebelumnya, Tourism Johor tetap yakin bahawa sasaran tersebut dapat dicapai kerana festival ini akan menampilkan pelbagai acara dan aktiviti yang lebih menarik.
Tarikh, Masa & Lokasi Majestic Johor Festival 2024
Tarikh : 28 Ogos 2024 hingga 1 September 2024.
Tempat : Tapak Festival, Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor
Masa : 11.00 pagi hingga 11.00 malam
Aktiviti & Program Menarik di Majestic Johor Festival 2024
Majestic Johor Festival (MJF) Edisi Kali Ke-3, 2024 bakal menampilkan pelbagai pengisian program menarik yang telah disusun oleh Tourism Johor.
Antara tarikan utama yang dijangka akan menerima kunjungan pelancong domestik mahupun negara jiran, seperti Singapura dan Indonesia antaranya:-
Pameran Eksklusif Koleksi Kenderaan Klasik DiRaja Johor;
Pertunjukan Layang-layang
- Lalaland Haunted World
- Imcrafty Arts & Crafts Zone
- Alam Syifa Petting Farm
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
- Pertandingan Cosplay
- “Majestic Johor Festival Parade 2024” pada 1 September 2024;
- Pertunjukkan bunga api;
- Sambutan Malam Ambang Bulan Kemerdekaan 2024 pada 30 Ogos 2024 (Malam);
- Pameran oleh Daerah-Daerah, Jabatan Kerajaan dan Organisasi;
- Persembahan Kebudayaan Dan banyak lagi
Nantikan update terkini di social media Tourism Johor.
Majestic Johor Festival 2024 (28 Aug – 1 Sep 2024)
Throwback Majestic Johor Festival 2023