Majestic Johor Festival 2023 (26 Aug – 3 Sep 2023)

Event

Majestic Johor Festival 2023 (26 Aug – 3 Sep 2023) bakal kembali untuk edisi tahun 2023. Ianya berlangsung pada 26 Ogos 2023 hingga 3 September 2023, mulai jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam bertempat di Puteri Harbour, Bandaraya Iskandar Puteri, Johor.

Program Majestic Johor Festival (MJF) yang berjaya mencatatkan kehadiran 600 ribu pengunjung pada tahun 2022 dan telah menerima pengiktirafan tertinggi daripada Malaysia Tourism Council (MTA) bagi kategori “Gold Award Attractive State Tourism Event 2022” pada Majlis Anugerah ‘Malaysia Tourism Council Awards’ Kali Ke-16, 2022 di Kuching, Sarawak.

Tarikh, Masa & Lokasi Majestic Johor Festival 2023

Tarikh : 26 Ogos 2023 hingga 3 September 2023.
Tempat : Tapak Festival, Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 malam

Aktiviti & Program Menarik di Majestic Johor Festival 2023

Pelbagai aktiviti dan program menarik yang telah disediakan untuk orang ramai sepanjang sembilan (9) hari berlangsungnya festival ini, antaranya:-

  • Pameran Piala Johor Darul Ta’zim FC (26 Ogos 2023 – 3 September 2023);
  • Sesi bersama para pemain Johor Darul Ta’zim FC pada 30 – 31 Ogos 2023 & 1 September 2023;
  • Starvendors Foodstival 2023 oleh Starvendors;
  • Pameran Daerah-Daerah, Jabatan & Agensi;
  • Majestic Johor Festival Street Parade;
  • MBFA BETTA FISH FESTIVAL 2023
  • Pameran kenderaan Retro @ ‘Retro Havoc Johor Tour 2023’ pada 1 hingga 3 September 2023;
  • Food Trucks;
  • Sambutan Ambang Merdeka 2023;
  • Pesta Jualan Kopi;
  • Anugerah Pelancongan Johor 2023 (Johor Tourism Awards 2023);
  • ‘Fun-Runs’;
  • Persembahan oleh Artis Jemputan;
  • ‘Cat Shows’ dan banyak lagi.

Ingat tarikh ini, 26 Ogos 2023 hingga 3 September 2023!!! Jangan lepaskan peluang anda untuk hadir bagi memeriahkan festival menarik ini.

Nantikan info-info terkini dari semasa ke semasa berkaitan penganjuran Majestic Johor Festival (MJF) 2023 menerusi media social Tourism Johor.

Pameran Piala-Piala JDT

Majestic Johor Festival (MJF) 2023

Lebih gempak, lebih meriah dan semestinya lebih bermakna buat rakyat Johor khasnya kepada peminat pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana pada kali ini akan diadakan Pameran Piala-Piala Johor Darul Ta’zim FC yang bakal menjadi tarikan utama penganjuran Majestic Johor Festival (MJF) 2023.

Pameran piala-piala ini yang bakal menarik minat bukan sahaja para penyokong dan “Fans Club” tempatan bahkan dijangka akan menarik minat pengunjung atau penyokong dari negara Indonesia dan Singapura.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda dan pastinya anda boleh bertemu serta bergambar bersama para pemain pasukan Johor Darul Ta’zim FC pada 30 & 31 Ogos 2023 serta 1 September 2023 (3 hari).

Antara pengisian aktiviti menarik Pameran Piala Johor Darul Ta’zim FC termasuklah:-

  • Pameran Piala Johor Darul Ta’zim FC dari 2013 – 2022;
  • ‘Under Table Football’;
  • ‘Penalty Shoot-out’;
  • Pameran jersi JDT:
  • Cabutan bertuah;
  • Jualan jersi JDT dan banyak lagi…

Nantikan info-info menarik mengenai penganjuran Majestic Johor Festival (MJF) 2023 dari semasa ke semasa menerusi laman social Tourism Johor.

Jangan lupa untuk anda kongsikan program Majestic Johor Festival (MJF) 2023 kepada semua dan jemput ramai-ramai bagi memeriahkan festival ini.

Jumpa anda disana!!!

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!