Harga Tiket Zoo Johor - Dibuka Pada 31 Ogos 2024

Harga Tiket Zoo Johor – Dibuka Pada 31 Ogos 2024

Harga Tiket Zoo Johor - Dibuka Pada 31 Ogos 2024

Harga Tiket Zoo Johor – Dibuka Pada 31 Ogos 2024 | Zoo Johor akan dibuka semula kepada orang ramai mulai 31 Ogos ini. Bagi pengunjung yang merancang untuk ke Zoo Johor pada 31 Ogos ini, sila letakkan kenderaan anda di tapak parkir Penjara Ayer Molek dan gunakan perkhidmatan ‘shuttle bus’ yang disediakan. Kerja-kerja menaik taraf melibatkan peruntukan sebanyak RM9.67 juta dari Kerajaan Negeri Johor telah siap dilaksanakan.

Sejarah Zoo Johor

Zoo Johor mula dibuka pada 1928 oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim Almarhum Sultan Sir Abu Bakar dan dinamakan sebagai Kebun Binatang pada ketika itu. Zoo ini berkeluasan 12.5 hektar dan terletak di Jalan Gertak Merah di tengah pusat Bandaraya Johor Bahru.

Waktu Operasi Zoo Johor

Zoo Johor akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali Hari Raya Aidilfitri 1 & 2 dan Hari Raya Aidiladha.

Harga Tiket Zoo Johor

Harga tiket baru untuk pengunjung Zoo Johor yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

WARGANEGARA
Dewasa (12 tahun ke atas) – RM10
Kanak-kanak (5 – 11 tahun) – RM5
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM5
OKU – PERCUMA
Kanak-kanak (bawah umur 5 tahun) – PERCUMA

BUKAN WARGANEGARA
Dewasa (12 tahun ke atas), Kanak-kanak (5 – 11 tahun), Warga Emas (60 tahun ke atas), OKU – RM30
Kanak-kanak (bawah umur 5 tahun) – PERCUMA

Potongan 50 peratus harga tiket pula adalah untuk tempoh pelaksanaan selama satu bulan bermula 31 Ogos hingga 30 September 2024.

Harga Tiket Zoo Johor – Dibuka Pada 31 Ogos 2024

Cara Membeli Tiket Zoo Johor

Tiket boleh dibeli tanpa tunai sama ada secara ‘walk-in’ di kaunter, melalui kiosk yang disediakan, atau secara ‘online’. Pembelian terakhir adalah pada jam 5 petang.

Lokasi Zoo Johor

Alamat: Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor
Dibuka: 1928
Telefon: 07-223 0404

Ikuti Laman Rasmi Zoo Johor

Instagram Official Zoo Johorhttps://www.instagram.com/officialzoojohor/

Jom Baca Pengalaman di Zoo Johor – Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Johor

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *