Ilham Syahmi di Bengkel Melukis Komik Bersama Nazry Salam

Assalamualaikum..

Cerita aktiviti cuti sekolah yang lepas. Lambat pula Ummi nak berkongsi cerita ni walaupun Ummi dan The Ilhams memang excited dapat join Bengkel Melukis Komik Bersama Nazry Salam ni.

Sebelum bengkel ni dijalankan, Cik Jah ada minta bantuan Ummi untuk buat doodle poster untuk bengkel ni. Mula-mula berat juga hati Ummi nak buat, sebab utama segan uii nak buatkan doodle poster untuk program pengkomik tersohor ni. Tapi Cik Jah bagi Ummi support hehehe, maka terhasillah poster cincai ni.

Asal boleh je kan. Walau sakit pinggang nak siapkan, Ummi gagahkan juga demimu Cik Jah yang banyak memberikan semangat dana kekuatan pada Ummi.

Alhamdulillah pagi 22 Disember 2018, sampailah kami bertiga beranak di Wisma Shinju Rini, Mutiara Rini. Masa ni Babah ada wedding job di Muar, jadi Ummi sarung costume SuperMak untuk handle dua hero ni. Ini kali pertama Ummi ke Wisma Shinju ni, baru tahu ada bilik seminar yang luas kat sini.

Inilah orang hebat dalam melukis komik, Tuan Nazry Salam (Abang Nazry panggilan untuk peserta). Anak jati Johor yang berbakat besar. Pelukis komik best seller “Misi Solat 5 Waktu”. Ummi memang dah lama belikan The Ilham komik tu, siap bawa untuk Abang Nazry sign autograph hehehe.

Oleh kerana Ilham belum cukup umur yang layak join bengkel ni, which is 9 years old until 14 years old.. maka Cik Jah membenarkan Ummi untuk teman Ilham. Sudahnya, terponggok la kami tiga beranak di meja hadapan sekali. Over ek! :p

Nampak tu muka serius nak melukis komik ekekeke.

Intro dari Puan Husna yang membahasakan diri beliau sebagai “Kakak Husna”. Peserta aje panggil kakak dan abang ok Ummi tak boleh, sebab diorang adik-adik bawah umur Ummi hehehe. Beliau isteri kepada Abang Nazry tu. Comel orangnya, serious suka sangat tengok muka Kakak Husna ni. Orang kuat di sebalik kejayaan Tim Misi.

Kata-kata aluan dari Cik Jah, selaku penganjur program.

Ok bengkel dah mula, sila fokus Abang Ilham.

Aktiviti pertama, sesi show off skill melukis. Ada cerita disebalik lukisan ni. Orang nak ke bulan katanya.

Apa itu komik?

Komik adalah lukisan yang menyampaikan cerita.

Itu hasil Abang Ilham lukis “wajah lengkap” ikut gaya dia.

Ini hasil Abang Ilham melukis ekspresi sedih, marah, terkejut dan gembira. Kata Abang Nazry ok la untuk level umur dia. Katanya lagi, lukisan Abang Ilham ni versi kartun.

Lukisan gambar tangan dari gaya dia. Jangan ketawakan tau. Ummi tetap bagi dia semangat supaya dia tak putus asa melukis. Hargailah apa saja hasil kerja anak-anak walaupun pada mata kita tak cukup sempurna, tapi usaha dia nak fokus dan mencuba tu patut kita hargai.

Tekun peserta-peserta lain melukis..

Kamilah pom-pom teama yang duduk sebelah Abang Ilham hehehe.

Bila dah selesai asas-asas melukis, masa untuk melukis komik!

Ini antara point-point penting, Ummi snap untuk rujukan Abang Ilham. Sehingga ke hari ni alhamdulillah dia ingat apa efek yang perlu ada dalam lukisan komik.

Abang Nazry sedang menilai jalan cerita untuk komik Ilham.

Ini hasil contengan masa dalam kelas. Masa ni dia dah start penat kot. Hujung-hujung petak nombor 4 terus terkeluar orang lidi. Sebenarnya hasil lukisan komik yang siap bakal dimasukkan ke dalam zine. Abang Nazry beri peluang kepada peserta untuk siapkan di rumah dan tugas ibu bapa untuk hantar hasil kerja anak-anak melalui email.

Ini hasil lukisan semula. Gigih dia buat last minutes sebab dia syok balik kampung hahaha. Ummi kena teman kat sebelah. Ummi gagahkan juga walau kematu rasa nak duduk lama-lama. Idea asal tetap dikekalkan cuma aktiviti cuti sekolah, Ali dan Abua nak main bola. Ummi suruh tambah rumput, tiang gol. Kalau ikut dia togel gitu je hehe. Rambut Abu dan Ali tu kalau cicaka jatuh boleh mati wooo hehe. Lepas tu kena outline dengan pen. Ummi bagi pinjam pen doodle Ummi, Uni Pin Fine Line. Alhamdulillah, good job Abang Ilham. Kita tunggu hasilnya zine nanti.

Dalam pada masa Abang gigih siapkan komik dalam bengkel tu, Syamil dah sampai ke lala land hahaha. Ummi baringkan dia di surau Wisma Shinju Rini. Kemain berdengkur bagai mamat ni. Sekali dia terjaga tengok Ummi tak ada terus meraung sakan.

Alhamdulillah sesi penyampaian sijil.

Gambar kenangan semua peserta bersama Abang Nazry Salam, Skuad Misi.

Yeay! Maka berakhirlah Bengkel Melukis Komik Bersama Nazry Salam.

Ada jualan komik-komik dari Tim Misi membuatkan The Ilhams tak keruan. Sudahnya 4 buah komik diorang grab.

Mula-mula grab Misi Robot, Misi Chef dan Misi Angkasa. Sekali dah nak hujung-hujung dia tapau Misi 4 Flat sekali hahaha untuk masa depan masuk uinversiti nanti agaknya ekeke. Ummi layankan je. Janji diorang ada semangat nak membaca. Ehhh Syamil tu beriya juga. Tak apa dik minat membaca tu kena pupuk dari kecil. So kita mula dari sekarang!

Sesi autograph.. semua komik dia bagi Abang Nazry sign hehe.

Gambar kenangan The Ilhams bersama Abang Nazry yang diidolakan. Sorry adik abang, Ummi post gambar korang tidur ekekeke.

Gambar kenangan Ummi bersama Cik Jah & Cik Fatin penganjur Bengkel Melukis Komik Bersama Nazry Salam serta Kak Jeni dan Cikgu Syikin yang kiut miut geng Peer Counselor Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB). Kami mak-mak ni memang macam ni, pusing-pusing tetap jumpa muka yang sama hehehe.

Gambar kenangan dengan Cik Jah yang solehah sumber inspirasi Ummi. Thanks Jah selalu pinjamkan bahu untuk akak. Selalu bagi kata-kata semangat pada akak serba kekurangan ni. Ehhhh tetiba mood sedih datang.

Antara moment paling kelakar bila Kak Haniza ni cakap dia tahu program ni dari adik dia menerusi facebook kawan dia. Masa awal-awal Ummi dengar aje Cik Jah berjejak kasihan dengan Kak Haniza ni, diorang schoolmate rupanya dari SMKAJB. Ummi masa tu tak tahu langsung Kak Haniza ni kakak kepada BFF Ummi. Tak cam pulak muka padahal pernah jumpa sebelum ni. Sekali bila dia sebut dia tahu pasal bengkel ni dari Hernee Nazir, terus Ummi tergelak sakan. Saya lah Hernee tu. Dan-dan tu juga Ummi tanya siapa adik akak.. rupanya Kak Haniza kakak kepada Hazida Abd Razak, si Ajie ex-coursemate, ex-roomate, ex-housemate Ummi di UiTM Lendu Alor Gajah Melaka hehehe. Terus je Ummi whatsapp Ajie hahaha. Sebelum balik tu sempat la snap gambar buat kenangan.

Settled bengkel, tak tunggu lama terus balik ke rumah. Badan Ummi dah tak larat. Nak cari katil nak baring uii. Abang Ilham awal-awal dah terbongkang dalam kereta. Masing-masing kepenatan.

Inilah koleksi komik hasil dari shopping di bengkel tu.

Komik kegemaran dua beradik. Bagus! Ummi pun suka baca. Tahniah Skuad Misi! Berjaya menyampaikan dakwah dari komik.

Pesanan Abang Nazry Salam..


ILHAM.. HIDUP MESTI BER-MISI

Ilham tanya Ummi…

“Apa maksud Abang Nazry ni? Apa hidup bermisi?”

Ummi jawab..

“Maksudnya.. hidup kita ni mesti ada tujuan.. apa tujuan Ilham hidup kat dunia ni? Tentulah nak jadi hamba Allah yang baik.. anak yang baik.. yang soleh.. nak masuk syurga kan? Itulah misi kita sebenarnya”

Dia angguk kepala.. tanda faham dan Ummi harap dia faham.

Alhamdulillah dua-dua happy dapat join bengkel melukis komik ni. Ummi lagi happy. Walaupun yang register tu Abang Ilham sorang, tapi Ummi dan Syamil pun kena tempias. Ummi boleh mendoodle sikit-sikit, tapi serious Ummi tak reti lukis orang kahkahkah. Jadi biarlah Abang Ilham ceduk ilmu melukis orang tu dari Abang Nazry. Lagi pun Ummi ni tahu seni-seni amatur je lepas la ajar anak sendiri sikit-sikit ekeke.

Ummi recommend sesangat ibu ayah untuk hantar anak-anak yang berpotensi dalam seni lukisan untuk join program macam ni. Sekurang-kurangnya kita boleh gilap bakat anak-anak. Insha Allah bengkel seterusnya bakal menyusul nanti. Ummi doakan Abang Ilhama berpeluang untuk menuntut ilmu lagi dengan otai komik Abang Nazry Salam.

Sejak dari bermula bengkel ni di rumah nama Abang Nazry memang kerap meniti di bibir dua orang die hard fans dia ni. Macam artis dah Abang Nazry ni hehe. Eh memang artist pun.

Paling tak boleh blah, “Ummi.. kitorang rindu Abang Nazry”. Amboiiii kemain.. tergelak Ummi dengar. Syamil siap tanya, “Ummi.. Abang Nazry Musalam tu rumah dia kat mana?” Bukan Musalam dik.. suka hati je tukar nama orang ekeke. Ummi jawab kat KL. Dia sambung lagi, “Nanti boleh tak Ummi bawa ktorang pergi rumah Abang Nazry?”. Ok yang nai berat Ummi nak tunaikan. Malu je dik tetiba nak datang rumah Abang Nazry hahaha.

Itulah cerita Abang Ilham ditemani Ummi dan Syamil ke Bengkel Melukis Komik Bersama Nazry Salam. Semoga ilmu asas melukis komik kekal melekat dalam otak Abang Ilham dan dapat dimanfaatkan di masa akan datang. Nampak ada improvement. Semakin banyak buku melukis kat rumah tu. Tak apa janji dia rajin praktis. Ummi sokong 200% begitu juga Babah. Good job boys!

Jom LIKE page Abang Nazry Salam idola The Ilhams. Banyak ilmu dan tips berguna di sana.

402 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Ilham Syahmi di Bengkel Melukis Komik Bersama Nazry Salam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *