Zamani Slam Penyanyi Legend Bersuara Emas

Entertainment

Zamani Slam Penyanyi Legend Bersuara Emas | Sebenarnya, sejak dari zaman sekolah lagi Ummi memang dah minat kat Kumpulan Slam. Siap request Tok Ayah belikan Ummi kaset untuk setiap album baru yang keluar. Tapi sayang, kaset-kaset tu semua dah ghaib. Mana entah dah terbuang agaknya. Legeng betulkan zaman pakai kaset hehehe.

zamani

Seingat Ummi dah pernah beberapa kali jugalah Ummi jumpa Zamani secara live ni. Paling terbaru, tahun lepas la. Kenangan tahun lepas dapat jumpa Zamani Slam di Majestic Johor Festival 2022. Tahun ni Majestic Johor Festival 2023 diorang jemput artis lain, tak jumpa Zamani lagi.

Biodata Zamani Slam atau Zamani Ibrahim

KelahiranZamani bin Ibrahim
25 Mei 1971 (umur 52)
Ampang, Selangor, Malaysia
Nama lainZamani Slam
PekerjaanPenyanyi, pelakon
PasanganNur Juliana Abdul Rani (k. 2019)

Zamani bin Ibrahim ialah seorang penyanyi pop rock lelaki popular dari Malaysia yang dilahirkan pada 25 Mei 1971, dan lebih dikenali sebagai Zamani Slam. Beliau mendapat nama selepas menyertai kumpulan pop rock terkenal Slam dari 1993 hingga 1999. Setelah memulakan kerjaya muzik secara solo pada tahun 2002, beliau kini antara penyanyi pop lelaki yang paling popular di Malaysia, Indonesia dan negara serantau, dan beliau juga pernah dicalonkan sebagai penyanyi terbaik Asia. Kemerduan dan kekuatan vokalnya memukau ramai peminat, sehingga beliau diletakkan setanding dengan vokalis terbaik di negara ini.

Berita penangkapannya mengejutkan industri muzik Malaysia awal 2015. Selepas disahkan mengambil dan menggunakan dadah, dia telah dihantar ke pusat pemulihan di kawasan itu. Selepas menjalani rawatan selama beberapa bulan, beliau disahkan bebas.

Kemuncak Populariti (1995 – 1999)

Lagu-lagu daripada album kedua dan ketiga Zamani dan kumpulannya Slam telah menambat hati pendengar di Malaysia dan seluruh Nusantara, termasuk Singapura, Indonesia dan Brunei, yang membolehkan mereka menguasai arena muzik Tanah Air.

Lagu terkenalnya termasuk Kembali Terjalin, Kembali Merindu, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya, Buat Seorang Kekasih, Kurnia, Mentari Muncul Lagi, Rindiani, Syair Si Pari-Pari, dan Kala Hujan.

Lagu Gerimis Mengundang pada masanya sangat popular, ia telah dialihbahasakan kepada 21 bahasa di seluruh Asia.

Zamani Slam Penyanyi Legend Bersuara Emas

Anugerah Yang Diterima Zamani

Anugerah Industri Muzik

  • 1997 – Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki)
  • 1997 – Anugerah Kembara

Voice of Asia 1997

  • Tempat Ketiga (bersama Slam)

Anugerah Platinum Berkembar Asia Award 1999

  • Bersama kumpulan Slam

AMI Anugerah Musik Indonesia 1999

  • Anugerah Khas (bersama Slam)

Anugerah Era 2002

  • Vokal Lelaki Pilihan

Gegar Vaganza 5 (2018)

  • Tempat Ketiga

Nak tahu info terkini Zamani Slam boleh follow instagram beliau ok.

Ummi sebagai peminat Zamani Slam mendoakan agar beliau semakin sihat selepas pembedahan yang dijalankan hari tu. Semoga terus mampu menghiburkan para peminat.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Zamani Slam Penyanyi Legend Bersuara Emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!