Majlis Perasmian & Konsert Majestic Johor Festival 2022 | Oleh kerana tak ada aktiviti sempena cuti peristiwa semalam, jadi Ummi dan Babah decide untuk bawa anak-anak ke MJF 2022. Kebetulan malam tu ada majlis perasmian dan konsert artis-artis legend. Lagi la semangat nak tengok Zamani Slam hehehe. Kira diorang repeat kali kedua dan Ummi kali ketiga. Entah apa yang gigih sangat la Ummi ko ni asyik nak ke sini ek hahaha.
Kami ni kan jarang tau gigih nak layan event besar-besar macam ni lagi la dengan anak-anak ni kan. Kali ni tergigih pulak. Hari Ahad, hujung minggu korang bayangkan la pengunjung berapa ramai. Kami keluar rumah dalam pukul 6pm selepas ke Karnival Mukim Tanjung Kupang. Sebelum ni dua kali Ummi dapat parking dekat je dengan booth jualan. Kali ni memang tak sampai ke sana pun dah dapat agak tak ada parking punya. Jadi Babah parking kereta di bangunan Almas. Gigihkan, dari bangunan Almas tu kami berjalan kami menyusur bangunan Teega Suites dan tembus ke jalan utama sebelum sampai ke tapak booth dan main stage. Nasiblah Ummi pinjam stroller Mama Cu, Syahid pula syok tidur jadi masuk stroller la senang nak bawa.
Inilah dia budak paling ‘heaven on earth’.
Ummi dan Syahid tunggu tepi gerai Bakso Beranak KL sementara Babah, abang-abang dan Mak Wee ikut Babah beli makanan. Rezeki kami dalam ramai-ramai tu dapat juga 1 meja kosong. Cepat-cepatlah Ummi chup hehe. Baru nak syok makan, sekali gerimis mengundang. Nasiblah gerimis manja-manja je gitu. Kami makan laju-laju, takut pula bakso Ummi bertambah kuah air hujan hahaha.
Memasing nak merasa makan dragon’s breath ni, beli la semangkuk buat jamah. Sekali je ni Ummi bagi ok. Lepas siap makan kami terus menuju ke bahagian main stage. Nak ke dinosaur park gerimis memang tak le Ummi nak bawa hehehe. Sekali lagi tak berjaya ke pameran Kembara Mahkota Johor. Bila dah stuck kat booth makanan ni rasa jauh nak ke sana. Cuma nak ke toilet dan surau memang korang kena ke bangunan Jen Hotel tu la. Yang pastinya semalam orang memng ramai, nak ke toilet dan surau pun beratur panjang sila tabahkan hati. Kalau nak solat option lain korang boleh ke khemah khas ruang solat berdekatan dengan gerai Bakso Beranak KL.
Majlis Perasmian & Konsert Majestic Johor Festival 2022
Sempatlah Ummi reunion dengan JDT Blogger Nona Sani dan adiknya. Diorang dah sampai dari awal petang lagi. Tak sabar nak tengok perasmian dan konsert ekekeke.
Dalam lebih kurang jam 9pm bermulalah majlis perasmian Majestic Johor Festival 2022.
Persembahan tarian Zapin Johor.
Antara yang dinanti-nantikan, firework celebration aka bunga api sempena perasmian festival ni. Menjerit-jerit si Syahid tengok, dia ikut je abang-abang cakap ala-ala Ryan Bakery tu.. “smart woooo.. smart woooo” hahaha.
Persembahan paling Ummi nanti-nantikan haruslah persembahan Zamani Slam. Lagu memang ikut tema cuaca la kan “Gerimis Mengundang” gitu. Suara Zamani ni macam tertelan kaset sedap seperti selalu.
Artis lain yang ada Ayai Illusi, Indah Ruhaila, Black Hanifah (Black Mentor) dan Ukays. Semua best-best belaka. Lagu memang layan lah. Persembahan semua memang energetic. Gambar Ukays tak ada sebab masa ni Ummi dah ke belakang Syahid buat hal merengek nak beli mainan hahaha.
Kalau tak port kitorang memang strategik habis. Lepas VVIP balik kitorang terus duduk betul-betul menghadap stage hahaha overkan Ummi ko. Babah dan Syahid duduk kat kerusi bawah khemah.
Last one sebelum pulang ke pangkal jalan aka balik rumah esok nak sekolah. Kasi can la memasing main bubbles, main baling bola dan main pancing ikan. Memasing pakai plastik kat kepala tu nak elak kena hujan gerimis hehehe.
Last but not least, yang nak naik beca lampu lip lap memalam korang boleh la ronda sekitar Marina Walk, Puteri Harbour tu. Kat area situ pun banyak booth lagi korang boleh terjah. Ok itu je nak share, harap Ummi tak datang kali keempatlah ya hahaha. Ehhhh tapi macam dah ada plan dengan Mak Leen & Mak Ain time lunch hour Selasa atau Rabu nak ke sini sebelum kami start diet ekeke. Apa-apa pun selamat berfestival korang, sentiasa jaga kesihatan ok!
Jom Meriahkan Majestic Johor Festival di Puteri Harbour
Majestic Johor Festival 2022 (8 – 18 Sep 2022)