Tema & Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023

Info Sharing

Tema & Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023 | Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 66 pada 31 Ogos 2023 bersamaan dengan hari Khamis. Manakala Hari Malaysia akan disambut pada hari Sabtu 16 September 2023.

Logo Malaysia MADANI Sebagai Logo Rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM)

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan menghasilkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara.

‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ dipilih sebagai tema Sambutan HKHM 2023. Tema  ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu,aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan Kemampanan budaya bangsa,berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Rasional Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (Malaysia MADANI)

  • Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
  • Warna Biru – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • Warna Merah – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • Warna Kuning – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • Warna Putih – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Tema & Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023

Sambutan Hari Kemerdekaan 2023

Sambutan Hari Kemerdekaan 2023 akan dilangsungkan seperti butiran berikut:

Tarikh: 31 Ogos 2023
Tempat: Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur.
Masa: 7 pagi

Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir.

Senarai Logo Hari Kebangsaan Mengikut Tahun Dari 1976 hingga 2022

Kredit info: http://merdeka360.my/web/

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!