Tips Penjagaan Arnab Yang Anda Mesti Tahu | Entri lepas Ummi ada kongsikan anak bulus kami di rumah. Kalau orang lain busy bela kucing, tapi kami busy bela arnab yang kami namakan Chiko. Bukan tak nak bela kucing, sebab Syahid memang suka kucing tapi malangnya kadang-kadang dia alergik dengan kucing. Kulit dia boleh naik rashes, mata dan bibir bengkak lepas main dengan kucing. Lagi pun masa dia belum baut operation cleft lip & palate doktor advise jangan bela haiwan.
10 Tips Penjagaan Arnab
1) Pastikan arnab tersebut berumur lebih kurang 2 bulan (8 minggu).
Pastikan arnab itu berumur sekurang-kurangnya dua bulan, atau lapan minggu, sebelum anda membelinya.Arnab muda masih memerlukan susu ibunya untuk mengimbangi pH perut mereka, jadi mereka tidak mati. Walaupun arnab berusia dua minggu sudah mula pandai makan dan minum sendiri, ia masih bergantung pada susu ibunya.
Jangan menukar diet arnab sesuka hati kerana menukar diet secara tiba-tiba akan menyebabkan cirit-birit. Jika arnab anda sakit cirit, ia hanya mengambil masa kira-kira 6 jam untuk sembuh. Jika anda mahu menukar makanan, campurkan makanan arnab anda yang lama dengan yang baru dalam nisbah 1:3.Keesokan harinya, tambah sedikit makanan baru dan kurangkan makanan lama. Ulangi kaedah ini sehingga arnab boleh makan makanan baru dan makan makanan biasanya.
3) Asingkan arnab yang berpenyakit
Sekiranya anda memelihara beberapa arnab dan salah satunya sakit, sila asingkannya dengan segera. Jika kawasan anda luas, asingkannya dengan jarak kira-kira 10 meter, tetapi jika kawasan anda sempit, cukup jarak sedikit.
4) Tukar mangkuk minuman sekurang-kurangnya 2 kali sehari
Arnab suka memasukkan kakinya ke dalam mangkuk minuman dan kemudian minum air yang sama sekali lagi. Untuk mengelakkan jangkitan virus, tukar mangkuk yang diberikan kepada arnab anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Minuman tergantung adalah selamat dan bersih.
5) Jangan kerap mandikan arnab
Bulu arnab sangat mudah kotor. Jangan mandikan arnab anda jika mereka kotor; memandikan mereka kerap boleh menyebabkan serangan paru-paru berair. Lapkan sahaja kawasan yang kotor. Sembur dry shampoo sahaja jika perlu. Pet shop ada menjual dry shampoo untuk dibeli.
6) Jangan pegang telinga arnab
Jangan sentuh telinga arnab. Sebaiknya pegang belakang arnab dengan cara yang sama seperti memegang anak kucing. Elakkan perkara ini kerana telinga arnab sangat sensitif dan kebanyakan urat saraf terletak di bahagian ini. Tulang arnab juga sangat lembut dan mudah patah.
7) Letakkan arnab di tempat sunyi
Arnab perlu ditempatkan di tempat yang tenang, selamat dan jauh daripada orang lain. Bising boleh menyebabkan pertumbuhan arnab terganggu. Pemilihan kandang dengan dawai kayu yang banyak digunakan adalah yang terbaik kerana najis dan air kencing arnab akan jatuh terus ke bawah dan tidak akan tersangkut di kandang. Kandang dawai adalah lebih mudah untuk dibersihkan. Kandang kayu agak sukar dibersihkan, terutamanya percikan urine. Gunakan dawai anti-karat. Namun, kandang besi mudah karat dan lebih sukar untuk dibersihkan. Bersihkan kandang anda sekurang-kurangnya sekali setiap hari.
8 ) Arnab bunting perlukan tempat yang luas dan makanan yang mencukupi
Ibu arnab bunting amat garang pada ketika ini, walaupun anda sudah biasa dengannya ada kalanya dia akan menggigit anda sekiranya dia merasa terancam. Arnab bunting memerlukan tempat yang luas dan makanan yang mencukupi. Asingkan juga ia dari pejantan. Secara psikologinya tempat yang luas dan selesa serta makanan yang mecukupi antara pendekatan terbaik supaya ibu merasa semua kemudahan tersebut adalah mencukupi untuk dia dan anak-anaknya kelak.Ia juga dapat mengelakkan ibu dari memakan anaknya yang baru dilahirkan. Sesetengah orang berpendapat ibu arnab akan merasakan lebih baik anaknya mati daripada tidak cukup makan dan tiada ruang untuk bergerak.
9 ) Sabut kelapa baik untuk arnab
Untuk memperbaiki gigi arnab anda, dapatkan sabut kelapa dan berikan mereka menggigitnya. Sabut kelapa adalah sumber alkali yang membantu mengasah gigi, mencegah cirit-birit dan meneutralkan asid dalam usus.
10 ) Grooming Arnab
Anda perlu menjaga arnab sekurang-kurangnya sekali seminggu, terutamanya yang berbulu gebu atau tebal seperti anggora, e nglish anggora, kepala leon, teddy bear, mainan buatan kayu, jersey wooley dan turkish anggora. Anda perlu menggunakan sikat arnab dan bedak baby johnson, dan kemudian sapukan bedak keseluruhan badan arnab untuk mengelakkan rambut bergumpal. Jika anda mempunyai lebih banyak masa, sikat arnab setiap hari untuk
Tips Penjagaan Arnab Yang Anda Mesti Tahu
Pemilik kucing boleh baca juga: Cara Memilih Makanan Kucing
Arnab Haiwan Peliharaan Yang Boleh Jadi Kaunselor Peribadi Yang Paling Setia Di Dunia
Kebaikan membela arnab antaranya kerana sifatnya yang pendiam. Jarang sekali mengeluarkan bunyi, walaupun sedang lapar atau sakit. Oleh itu, membela haiwan ni pastinya tak akan mengganggu jiran tetangga.
Disebabkan sikap ‘berat mulut’ tu, arnab sangat menyenangkan. Kalau tengah marah atau stress, cuba dukung dan usap badannya secara perlahan. Pasti tekanan darah tinggi yang sedang melonjak naik, turun perlahan-lahan.
8 Penyakit Lazim Arnab Yang Perlu Anda Tahu
- Cirit Birit (Diarrhea)
- Kutu Hama (Fur Mites)
- Kurap (Burrowing Mite)
- Kutu Telinga (Ear Mites)
- Jangkitan Virus
- Infectious myxomatosi
- Shope fibroma
- Papillomatosis
- Rabbitpox
- Jangkitan Bakteria
- Pasteurellosis
- Jangkitan Parasit
- Dermatophytosis
- Coccidiosis
- Tapeworm infection
- Mite infestation
Kredit info: https://www.facebook.com/ComelSiArnab
Sebagai pembela arnab, korang kena ambil tahu penyakit lazim yang menyerang arnab. sekurang-kurangnya korang boleh la ambil tindakan sewajarnya jika masalah kesihatan arnab berlarutan.
laaa tak boleh selalu mandi…. gituuuu
aah takut demam hehehe
pernah bela arnab dulu, habis pokok pokok MY semuanya dimakan arnab.