Salam Jumaat Penghulu Segala Hari | Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT; selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat, dan mereka yang mengikuti jejak baginda SAW.
Hari Jumaat Hari Yang Mulia
Bagi orang Islam, hari Jumaat adalah hari yang mulia. Ini kerana banyak hadith menceritakan kebaikannya. Antaranya adalah:
- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ
Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” [Riwayat Muslim (233)]
Imam al-Nawawi menyatakan setiap yang disebut di dalam hadith tersebut boleh menghapuskan dosa sekiranya terdapat dosa kecil untuk dihapuskan. Sekiranya tidak terdapat dosa kecil atau besar maka akan dicatat baginya kebaikan dan diangkat darjatnya. Sekiranya terdapat dosa besar dan tidak terdapat dosa kecil, mudah-mudahan perkara tersebut dapat meringankan dosa besar yang dilakukan. [Lihat: al-Minhaj, 3/113]
Jom perbanyakkan selawat ke atas Nabi.
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari
Jumaat Hari Yang Banyak Kelebihan & Keistimewaan
Hari Jumaat merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Untuk itu, kita sebagai seorang muslim sama ada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini terutamanya pada hari-hari yang agung seperti hari Jumaat ini agar kita tidak mensia-siakan kebesaran hari tersebut.
Semoga Allah. permudahkan urusan kita semua dan semoga pintu-pintu kebaikan terbuka luas untuk kita semua.
Jom amalkan Zikir Hari Jumaat.