zikir hari jumaat

Zikir Hari Jumaat & Amalan Sunat Yang Digalakkan

Zikir Hari Jumaat & Amalan Sunat Yang Digalakkan | Zikir menenangkan hati. Ketahuilah bahawa haiwan dan tumbuhan diciptakan untuk hanya berzikir kepada Allah dan memberi khidmat kepada manusia. Betapa besarnya pahala mendengar dan menyebut zikir. Masha Allah. Jom kita sama-sama istiqomah dalam berzikir.

Zikir Hari Jumaat

LAA ILA HA ILLALLAH

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat & Kelebihan

Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan kepada hamba yang memujinya

Zikir boleh dilakukan pada bila-bila masa dan ketika, bukan sahaja selepas solat. Kita masih boleh berzikir walaupun sibuk dengan aktiviti harian kita.

Keistimewaan Hari Jumaat

Hari Jumaat dikenali dengan panggilan Saiyyidul Ayyam yang bermaksud penghulu bagi segala hari.

Dikatakan banyak keistimewaan hari Jumaat ini, yang mana dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya.

Zikir Hari Jumaat & Amalan Sunat Yang Digalakkan

Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya. Nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari no, 935)

Amalan Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat

Bersedekah

Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain.

Bersugi dan bersiwak

Menjaga kebersihan mulut dan gigi, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik sangat digalakkan bahkan mendapat pahala sebelum datang ke masjid.

Surah Al-Kahfi

Membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat dan siangnya. Surah Al-Kahfi adalah antara surah yang boleh menghindarkan diri kita daripada fitnah dajal dan seterusnya memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumaat yang lain.

Zikir dan selawat

Memperbanyakkan amalan kebaikan seperti membaca zikir dan selawat. Contonya, zikir Jumaat seperti di atas itu boleh dibaca setiap masa pada hari tersebut.

Datang awal ke masjid

Ramai yang mungkin masih meremehkan untuk datang awal ke masjid setiap kali hendak solat Jumaat. Datang awal ke masjid membuatkan diri kita lebih tenang untuk memilih mana-mana saf.

Kita juga boleh lakukan solat sunat tahiyatul masjid, membaca Al-Quran dan mendengar khutbah dengan jelas.

Mandi sunat Jumaat

Mandi sunat Jumaat termasuklah bersihkan diri, memotong kuku, mencabut bulu, dan mengunting misai. 

Jalan kaki ke masjid

Kita sangat digalakkan untuk mengutamakan untuk berjalan kaki dari menaiki kenderaan ke masjid.

Setiap langkah penat, lelah, dan jauhnya kita melangkah itu pastinya mempunyai ganjaran pahala yang lebih besar nilainya.

Baca juga: Salam Jumaat: Keistimewaan, Makna, dan Amalan di Hari Mulia

Zikir Hari Khamis

Zikir Hari Jumaat & Amalan Sunat Yang Digalakkan

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *