Takziah Buat Keluarga Mangsa Pesawat Terhempas di Elmina Shah Alam

Info Sharing
Takziah Buat Keluarga Mangsa Pesawat Terhempas di Elmina Shah Alam

Takziah Buat Keluarga Mangsa Pesawat Terhempas di Elmina Shah Alam | Tragedi pesawat terhempas di sekitar kawasan perumahan Elmina, Seksyen U16 telah menggemparkan negara pada hari ini. Sedih bila tengok rakaman video detik cemas di dalam pelbagai platform media sosial. Allahu Akbar!

Pesawat berkenaan berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

Kronologi Pesawat Terhempas Di Elmina Dan Senarai 10 Mangsa Yang Terlibat

Berikut adalah kronologi tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam:

2:08 petang: Pesawat dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

2:47 petang: Hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang.

2:48 petang: Kebenaran mendarat telah diberikan.

2:51 petang: Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas namun tiada panggilan ‘mayday’ dibuat oleh pesawat tersebut.

5:00 petang: Datuk Hussein Omar Khan menyatakan, beliau mengesahkan 10 nyawa terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

6:00 petang: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, dilaporkan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas jet persendirian di Elmina.

7:20 malam: Sidang media Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung tragedi pesawat ringan terhempas langsung dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.

9:10 malam: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa meninjau Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi membantu beri sokongan mental kepada waris mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terbabit.

Menurut kronologi yang dikongsikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pesawat membawa dua kru kapal dan empat penumpang.

Salam Takziah Buat Keluarga Mangsa Pesawat Terhempas di Elmina Shah Alam

Senarai Mangsa Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

Kru Pesawat Terhempas Di Elmina

  • Shahrul Kamal bin Roslan
  • Heikal Aras bin Abdul Azim

Penumpang Pesawat Terhempas Di Elmina

  • Datuk Seri Johari Harun – Exco Pahang, ADUN Pelangai
  • Khairil Azwan Jamaludin
  • Shaharul Amir Omar
  • Mohamad Moahmed Muaidi
  • Muhammad Taufiq Mohd Zaki
  • Idris Abdol Talib Ramali

Mangsa Lain Pesawat Terhempas Di Elmina

  • Pemandu Kereta
  • Penunggang Motorsikal

Semoga Allah merahmati roh mangsa-mangsa pesawat terhempas. Semoga semua mangsa ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian getir ini.

Zikir Hari Jumaat & Amalan Sunat Yang Digalakkan

Loading

Related Posts

One thought on “Takziah Buat Keluarga Mangsa Pesawat Terhempas di Elmina Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!