Kelebihan Zikir Hari Rabu

Agama

Kelebihan Zikir Hari Rabu | Zikir menenangkan hati. Ketahuilah bahawa haiwan dan tumbuhan diciptakan untuk hanya berzikir kepada Allah dan memberi khidmat kepada manusia. Betapa besarnya pahala mendengar dan menyebut zikir. Masha Allah. Jom kita sama-sama istiqomah dalam berzikir.

Zikir Hari Rabu

Kelebihan Zikir Hari Rabu

ASTAGHFIRULLAHAL’ADZIM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat & Kelebihan

Setiap kali dibaca zikir ini, menghilangkan satu titik hitam di dalam hati dan Allah beri keampunan kepada hambanYa.

Zikir boleh dilakukan pada bila-bila masa dan ketika, bukan sahaja selepas solat. Kita masih boleh berzikir walaupun sibuk dengan aktiviti harian kita.

Kelebihan Zikir Hari Rabu

Keistimewaan Dan Peristiwa Penting di Hari Rabu

Kelebihan Hari Rabu Dalam Islam

Dari Anas bin Malik r.a. ia berkata bahawa Rasullullah telah ditanya mengenai hari Rabu. Maka Baginda menjawab, “Hari Rabu adalah Hari Bencana yang terus menerus”. Para Sahabat bertanya, “Mengapa demikian Ya Rasulullah ?” Lalu Baginda menjawab, “Kerana pada hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, memusnahkah kaum Aad dan kaum Tsamud, yaa’ni kaum Nabi Allah Saleh r.a. yang engkar terhadap kerasulan dan kenabiannya.

Mengikut pendapat sesetengah Ulamak, maka barang siapa yang hendak sembuh dari penyakit, hendaklah ia mengamalkan meminum ubat pada Hari Rabu.

Peristiwa Penting di Hari Rabu

1.Auj bin Unuq dibinasakan dengan Burung Hud Hud.

2. Allah s.w.t. menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan kekayaannya ke dalam perut bumi.

3. Fir’aun dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam Sungai Nil.

4. Allah s.w.t. menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga kedalam telinganya. .

5. Allah s.w.t menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.

6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail a.s.

7. Allah s.w.t. menghancurkan kaum Nabi Hud a.s. dengan menghembuskan angin yang kuat.

Zikir Hari Selasa

Follow HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!