Drama Chandelier Lakonan Ben Amir dan Mimi Lana

TV Program

Drama Chandelier Lakonan Ben Amir dan Mimi Lana | Assalamu’alaikum. Hari ni dah masuk episod ke 19 Mega Drama, Drama Chandelier yang ke udara setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam hingga 11 malam di Astro Ria. Bila awal-awal tengok promo drama ni, memang Ummi dah plan nak tengok dari awal sampai akhir hehehe. Ok tak mengecewakan. OST Drama Chandelier pun best-best especially lagu TanpaMu single terbaru Dinie & Khai.

Ummi follow DramaChandelier sejak episod pertama lagi. Dah banyak jugalah air mata Ummi tumpah tengok Drama Chandelier ni kahkahkah. Laghooo Ummi kau ni. Drama sangat! Memang tak pernah baca pun novelnya dan tak pernah tahu jalan ceritanya. Ummi suka betul watak Ummi Kaef tu. Rasa macam best benor lah watak Ummi dia yang sporting tu. Mudah-mudahan Ummi pun rapat dengan anak-anak bujang Ummi nanti. Banyak jugalah pengajaran dalam Drama Chandelier ni. Nak tahu sinopsis sila baca kat bawah tu ya. Nak fefeeling lebih boleh tengok kat Astro Ria, berbaki 6 episod je lagi.

Sinopsis Drama Chandelier

Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Kiesha diserang sehingga berlakunya kecacatan dimukanya. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan. Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, ujian dan dugaan hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban. Kaef disaman dalam perniagaanya dan Keisha meminta pertolongan dari Tan Sri Emran. Syarat memaksa dirinya meninggalkan Kaef dan berkahwin dengan Tan Sri Emran.

Senarai Pelakon Drama Chandelier

Pelakon Utama Drama Chandelier

  • Ben Amir sebagai Kaef
  • Mimi Lana sebagai Keisha

Pelakon Pembantu Drama Chandelier

  • Norman Hakim sebagai Dato Emran
  • Zamarul Hisham sebagai Dato Eusoff
  • Shasha Abedul sebagai Syuhada
  • Nadya Syahera sebagai Ajwa
  • Nynaa Harizal sebagai Khalida
  • Aisar Khaled sebagai Iskandar
  • Alif Muhaimin sebagai Haziq
  • Laila Nasir sebagai Mariam
  • Sharifah Shahora sebagai mak Syuhada
  • Zac Zaky sebagai Malik
  • Lydiawati sebagai Mak long Keisha
  • Dynas Mokhtar sebagai Zatty

Credit: https://ms.wikipedia.org/wiki/Chandelier_(drama)

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Drama Chandelier Lakonan Ben Amir dan Mimi Lana

  1. tumpang tanya msih ada ka cita ni kat Telegram xpnh tgk ..bru tgk kt utube episode Smpai 4 je.. best mana nk tgk lg erm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!