Pengalaman Anak Tuisyen Online FlyHigh Education Centre

Education
Pengalaman Anak Tuisyen Online Fly High Education Centre

Pengalaman Anak Tuisyen Online FlyHigh Education Centre | Tahun 2023 merupakan tahun terakhir Abang Ilham di sekolah kebangsaan. Sekarang Abang Ilham dah masuk bulan ke 5 di dalam Tahun 6. Sepatutnya kalau zaman Ummi dulu, Tahun 6 ni tengah struggle nak menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Tapi apakan daya, zaman dah berubah sistem pendidikan Malaysia juga berubah. Ibu bapa terpaksa akur dengan pemansuhan UPSR bagi murid Tahun 6.

Walau bagaimana pun, ia tidak bermakna anak-anak di Tahun 6 tak perlu fokus pada pelajaran. Pelajaran masih perlu diutamakan. Selain dari menghadiri kelas tuisyen fizikal di The Sirius Tuition Centre, Ummi juga enrolled Abang Ilham untuk tuisyen online bersama guru-guru pakar di Fly High Education Centre.

Pengalaman Anak Tuisyen Online Fly High Education Centre

Apa itu FlyHigh Education Centre?

FlyHigh ialah sebuah pusat tuisyen yang ditubuhkan pada 2019. Walau bagaimanapun, Fly High telah mengubah strategi perniagaannya untuk menggunakan pembelajaran dalam talian apabila pandemik COVID-19 melanda pada tahun 2020. Sistem pembelajaran dalam talian ini sangat dialu-alukan oleh ibu bapa yang inginkan sistem pembelajaran alternatif yang lebih selamat selepas pandemik Covid-19 menghalang sistem pembelajaran bersemuka.

Kenapa Memilih FlyHigh Education Centre?

  • Guru Berpengalaman – Bimbingan pakar daripada guru berpengalaman.
  • Proven Track Record – Berdasarkan keputusan cemerlang pelajar
  • Silibus & pengisian yang berkualiti
  • Kelas Fleksibel – Secara dalam talian (online) dan bersemuka (face to face)
  • Sokongan Aktif – Sentiasa bersedia untuk membantu pelajar.
  • Harga yang berpatutan

Pakej Tuisyen FlyHigh Education Centre

Pakej Eliteed

  • Pakej Elite Tahun 3
  • Pakej Elite Tahun 4
  • Pakej Elite Tahun 5
  • Pakej Elite Tahun 6

Pakej Premium

  • Pakej Premium Tahun 3
  • Pakej Premium Tahun 4
  • Pakej Premium Tahun 5
  • Pakej Premium Tahun 6

Lain-lain

  • Cakna UPKK
  • All Together Now (ATN) Kumpulan A
  • All Together Now (ATN) Kumpulan B
  • Bengkel Online Impak SBP 2023/2024 Siri 1
  • Pecutan Emas Sains & Matematik

Pengalaman Abang Ilham Mengikuti Kelas Tuisyen Online Pakej Elite Tahun 6

Pengalaman Anak Tuisyen Online Fly High Education Centre

Alhamdulillah setelah berbincang dengan Babah, kami setuju untuk daftar tuisyen untuk kesemua 4 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kelas dah pun bermula minggu lepas. Ummi tak perlu bimbang sekiranya terlepas kelas, Abang Ilham masih boleh merujuk kepada rakaman video yang diberikan.

Pengalaman Anak Tuisyen Online Fly High Education Centre

Kelas tuisyen online pertama subjek Matematik bersama Cikgu Zulkifli bin Hj. Mahfuz, Guru Cemerlang (Pakar) Matematik. Abang Ilham tengah khusyuk menjawab kuiz Matematik.

Kelas tuisyen online ni Ummi daftarkan untuk Abang Ilham supaya beliau dapat bimbingan yang sewajarnya untuk menjawab soalan sekiranya berpeluang untuk ke sesi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi 2024/2025.

Pengalaman Anak Tuisyen Online Fly High Education Centre

Nota, latihan dan online quiz disediakan untuk para pelajar. Kelas santai dan ada two way communication dari guru dan pelajar. Pelajar bebas bertanya sekiranya ada kemusykilan.

Subjek Yang Ditawarkan

  • Bahasa Melayu (4x)
  • Bahasa Inggeris (4x)
  • Matematik (4x)
  • Sains (4x)

Harga Tuisyen

RM300 untuk semua sesi

PERCUMA: Kelas Mengaji bersama Ustazah Fatin dengan harga RM70 – 4 kali kelas.

Cara Mendaftar Tuisyen FlyHigh

Berminat untuk enroll kelas tuisyen online untuk anak-anak? Korang boleh daftar di link website di bawah atau hubungi nombor yang tertera.

Pendaftaran : www.flyhigh.my

Team Support
Wasap.my/60192662022
Wasap.my/60105433732
Wasap.my/601156899323
Wasap.my/60126877488
Wasap.my/60126509622

Lokasi FlyHigh Centre

FlyHigh Centre
F-10-1, Jalan Serai Wangi N16/N
Alam Avenue 2
40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Info lanjut:

Facebook Fly High Education Centre – https://www.facebook.com/flyhigheducentre

Instagram Fly High Education Centre – Fly High Education Centre

Email: adm.flyhigh@gmail.com

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Pengalaman Anak Tuisyen Online FlyHigh Education Centre

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!