Riadah di Fish Pond & Park Eco Botanic Iskandar Puteri | Ramai orang Gelang Patah atau Iskandar Puteri tak tahu yang di kawasan Eco Botanic ni dibuka untuk orang awam. Kami tahu pun lepas tengok video Visit Johor. Sejak dari tu Ummi ajak Babah ke sana bawa anak-anak beriadah. Ada la pilihan lain tempat beriadah selain dari di Emerald Lake Sunway Iskandar.
Lokasi Fish Pond & Park Eco Botanic
Bagaimana Untuk Pergi Fish Pond & Park Eco Botanic
Korang boleh masuk melalui jalan utama ke Eco Botanic, parking kereta di Eco Botanic Club House. Tiada bayaran parking dikenakan. Lepas tu, korang jalan kaki melintasi roundabout menghala The Verandah Lounge Eco Botanic. Kawasan ni tak perlu melalui pintu gerbang guard house. Guard situ pun ramah tamah siap angkat tangan tengok makcik pakcik heret anak pergi tasik ekeke.
Ada dua tempat tau, sebelah kiri dan kanan. Kami dah pergi kedua-dua tempat. Dua-dua pun best. Buat masa ni memang tak ramai orang ke sini. Jadi sangatlah aman dan damainya Ummi nak brisk walk dan joging ecehhh.
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Fish Pond & Park Eco Botanic
Antara aktiviti yang korang boleh lakukan di sini tak lain tak bukan berjalan kaki, jogging, outdoor workout, bagi makan ikan (fish feeding), berbasikal dan lain-lain lagi. Korang tidak dibenarkan untuk memancing, berkayak atau berenang di kawasan tasik ni ya. Kalau nak berenang silalah ke Sireh Park ya. Bagi yang suka berOOTD, silakan berposing maut di sini.
Pemandangan Cantik & Menarik di Fish Pond & Park Eco Botanic
Jujur Ummi katakan, pemandangan kat sini sangat cantik. Masa Ummi buat instagram story yang berlatar belakangkan daun-daun ramai kawan-kawan ingat Ummi kat Cameron Highlands hahaha. Bukannnn.. Ummi masih kat Johor lagi.
Aktiviti Kami Sekeluarga
Aktiviti paling Syahid suka, adalah beri ikan dan burung gagak makan roti gardenia ekeke. Kami bekal roti setiap kali datang. Ikan besar-besar tau. Geram tengok. Ada ikan keli, ikan talapia dan macam-macam lagi. Kata Babah tu ikan keli Afrika. Ya je ek. Entah-entah Babah goreng je hahaha. Ummi cakap sedap ni buat masak Ikan Keli Berlado hahaha. Pokok teratai kemain subur kat tasik ni tau.
Sementara tu, Ummi dan abang-abang ambil kesempatan buat slow jog atau brisk walk. Bakar lemak manja-manja gitu hehehe. Ummi dah nak kembali kepada amalan gaya hidup sihat, sejak raya dah kelaut dalam dah ni ui. Inilah kesempatannya, bila ada taman yang aman damai untuk dijadikan port jogging. Ecehhhh jangan poyo sangat.
Kemudahan Awam Yang Terdapat Di Fish Pond & Park Eco Botanic
Riadah di Fish Pond & Park Eco Botanic Iskandar Puteri
Korang juga boleh buat outdoor workout. Make sure guna kemudahan yang disediakan sebaiknya ok. Tasik di kawasan sebelahnya tu pun ada playground, mesti anak-anak suka hehehe. Ehhh emak pun suka.
Dah penat bolehlah berteduh kat gazebo yang disediakan. Boleh juga kalau nak buat acah-acah picnic. Bekal la makanan korang, yang penting jaga kebersihan. Ummi plan nak ajak geng emak-emak setaman picnic kat sini nanti.
Tasik sebelah tu airnya lebih clear, tak ada pokok teratai. Memang breathtaking view. Memang boleh dapat banyak kilometer la kalau korang nak brisk walk atau slow jog.
Banyak la port OOTD untuk korang yang suka posing. Kalau pandai snap gambar confirm orang ingat kat oversea ekekeke.
Gambar-gambar yang langitnya membiru ni, masa pertama kali kami ke sini. Selain dari buat aktiviti riadah bersama anak-anak, diorang juga pasrah bila terpaksa menjadi model untuk Ummi buat content acah-acah Wes Anderson Trend kat sini hehehe.
Kemudahan tandas di Eco Botanic Club House. Boleh minta izin pengawal keselamatan yang bertugas untuk masuk ke kawasan club house ni ya. Ingat! Masuk tempat orang kena beradab ok hehehe.
Tempat Makan Berdekatan Eco Botanic
Kalau dah sampai ke kawasan Eco Botanic, Gelang Patah ni apa kata korang pergi Jalan-jalan Cari Makan Gelang Patah sekali hehehe. Berikut antara tempat makan yang terdekat:
Eco Botanic
- Nasi Lemak Cincai
- Miss Siam
- Restoran Hua Mui
- Piringmu
- Restoran Al-Barakah
- Starbucks
- The Coffee Beans & Tea Leaf
Educity Hub
- Restoran Assalam
- Mc Donalds
- Pezzo Pizza
- Del’s Kitchen
- August Cafe
Puteri Harbour
- Mana Cafe
- Yanalis Cafe
- Pak DIn Kopitiam
- Restoran Arab Zaatar
- O’Coffee Club Atelier
- Richiamo Coffee
- Hard Rock Cafe
Taman Nusantara
- Teh O Ice 50 Cents
- Nasi Lemak Secret Bonda
- Restoran Asam Pedas Kambing Terbang
- Restoran Lobstam
Pusat Komersial Suria (68 Avenue), Gelang Patah
- Restoran Anjung Selatan
- Restoran Al-Safa
- Lazy Monday
- Restoran Nasi Padang Mak Win
- Zainik Cafe
- Restoran 7 Beradik
- Aku Carl Steamboat & Grill
Oklah korang, harapa info yang tak seberapa ni bolehlah jadi rujukan korang kalau berhajat nak beriadah di Fish Pond & Park Eco Botanic Iskandar Puteri sambil JJCM Gelang Patah hehehe. Bye!
Boleh view video TikTok kami – Fish Pond & Park, Eco Botanic, Iskandar Puteri